Carian
Apa Perbezaan Sunscreen Atau Sunblock?
April 15, 2019 Lina Rosli

Terdapat pelbagai jenis pelindung matahari yang dijual di pasaran dengan pelbagai jenis dan bungkusan. Namun, masih ramai di antara anda yang masih tidak tahu akan kepentingan sunscreen dan sunblock kepada kulit. Adakah kedua-dua pelindung ini mempunyai fungsi yang berbeza? Jawapannya, tidak.

Kedua-dua pelindung ini mempunyai fungsi yang sama iaitu melindungi kulit dari UVB dan UVA. Ia bergantung kepada pengeluar produk berkenaan untuk menamakan produk mereka. Yang membezakan krim pelindung ini adalah dari segi struktur produk iaitu chemical sunscreen atau physical sunscreen.

Physical sunscreen atau lebih dikenali sebagai sunblock, bahan yang digunakan mengandungi titanium dioxide dan zinc oxide. Ia akan memantulkan cahaya matahari apabila anda memakainya. Manakala, chemical sunscreen ialah sunscreen, mengandungi bahan seperti oxybenzone, avobenzone, octinoxate dan octisalate  yang menukar sinar UV menjadi haba yang mana haba tersebut akan dikeluarkan dari kulit.

4 Cara Memakain Sunscreen Dengan Betul

1. Pakai sunscreen mengikut kesesuaian kulit

Anda perlu mengetahui ciri kulit anda sama ada ia kering, berminyak atau kombinasi. Jika sunscreen yang dipilih tidak sesuai dengan kulit, berkemungkinan besar anda akan berasa tidak selesa dengan produk seperti kulit akan terasa melekit, selain mengakibatkan kulit mengeluarkan sebum yang berlebihan selepas memakai sunscreen.

2. Pilih SPF yang sesuai dengan cuaca

Tidak perlu menggunakan pelindung dengan SPF yang terlalu tinggi. SPF yang digalakkan adalah di antara SPF30 sehingga SPF50. Sukatan untuk sunscreen adalah lebih kurang 1/4 tsp atau dua jari. Ada sesetengah individu masih mengalami masalah sunburn kerana mungkin SPF yang dipakai tidak mencukupi.

3. Pakai sunscreen selepas pelembap (moisturizer)

Sunscreen kebiasaannya dipakai selepas memakai pelembab. Bagi anda yang memakai makeup, anda boleh memakai pelindung kulit selepas primer. Untuk penjagaan maksima, anda tetap perlu memakai sunscreen walau anda yang telah memakai foundation atau krim yang sudah mengandungi SPF.

4. ‘Re-apply’ atau pakai semula sunscreen selepas beberapa ketika

Sunscreen perlu dipakai semula selepas 3-4 jam berada di luar rumah kerana ia hanya bertahan selama beberapa jam sahaja. Jika anda hanya melakukan aktiviti di tempat tertutup,  anda boleh menambah hanya sekadar krim yang mempunyai SPF sudah mencukupi. Untuk aktiviti luar, anda perlu mencuci letak sunscreen semula dengan menanggalkan makeup.

________________________________________________________________________

Dengan ini, anda tidak lagi perlu risau untuk memilih mana-mana sunscreen atau sunblock di pasaran kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Artikel di atas juga menerangkan cara pemakaian krim pelindung yang betul. Jadi, apa tunggu lagi, mula lindungi kulit anda daripada sinaran uv mulai hari ini!

Komen