Mengapa Kulit Wanita Berbeza Dengan Lelaki?
Kalau kita lihat produk-produk kecantikan di mana-mana kedai atau pusat kecantikan adalah lebih memfokuskan perempuan. Namun, masih ada segelintir jenama yang masih mengeluarkan beberapa barisan produk seperti pencuci muka, skrub dan juga banyak lagi.
Jika kita lihat dalam dunia kecantikan sekarang, wanita adalah kumpulan yang paling ramai membahaskan topik berkenaan kecantikan dan penjagaan kulit. Hal ini kerana, mereka lebih tertarik untuk tampil cantik. Bukan itu sahaja, kebanyakkan produk yang dikeluarkan lebih memfokuskan tawaran kepada perempuan seperti pelembab, pencerah dan penyegar.
Mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai perbezaan di antara kulit lelaki dan kulit wanita. Bukan itu sahaja, jika kita lihat di pasaran sekarang, produk penjagaan kulit untuk wanita lebih variasi dan hadir dengan pelbagai jenama.
Ketebalan kulit
Secara luarannya, sudah pasti kita dapat melihat perbezaan besar kulit untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Secara fizikalnya, lapisan kolagen pada kulit lelaki adalah 25% lebih tebal, selain lelaki menghasilkan lebih 10 kali ganda hormon testosteron berbanding wanita. Untuk pengetahuan umum, wanita juga turut menghasilkan hormon testosteron dan estrogen di ovari. Namun, testoteron yang dihasilkan adalah dalam kuantiti yang sedikit yang mana ia mengalir masuk ke saluran darah melalui ovari dan kelenjar adrenal.
Selain itu, lelaki mempunyai lapisan kolagen yang lebih tebal berbanding wanita. Jadi, ia menyebabkan lapisan kulit lelaki lebih tahan kepada kerosakan matahari kerana
Penghasilan folikel bulu dan minyak pada kulit
Berbalik kepada penghasilan hormon testosteron pada lelaki, ia membantu tumbesaran bulu pada muka. Lelaki mempunyai folikel rambut yang lebih banyak berbanding wanita. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk tumbuh misai dan janggut. Malah, lelaki juga lebih kerap berpeluh yang mana asid laktik mempunyai nilai pH yang lebih rendah iaitu sekitar 0.5 pH. Jadi, kulit lelaki nampaknya lebih baik kerana lebihan pengeluaran minyak yang bertanggungjawab untuk tahap penghidratan tisu.
Penghasilan sebum pada kulit
Kebiasaannya, lelaki mempunyai kelenjar minyak yang lebih besar, selain mengandungi reseptor positif untuk androgen pada sel kelenjar. Dengan ini, ia menghasilkan lebih banyak sebum pada kulit berbanding wanita kerana kulit mengeluarkan lebih banyak minyak. Untuk wanita pula, hormon estrogen membuatkan sebum mereka menjadi lebih nipis. Selain itu, kulit wanita adalah lebih halus dan lembut berbanding lelaki, jadi mereka lebih cenderung untuk mudah mendapat jerawat. Namun, dengan kehadiran hormon testosteron yang tinggi, ia akan membuatkan jerawat untuk lelaki adalah kekal dan sukar untuk hilang.
Dengan ini dapat disimpulkan, kulit lelaki adalah lebih tebal berbanding kulit perempuan yang mana ia mengandungi kolagen kulit yang lebih padat. Bukan itu sahaja, lelaki mem