Fenty Beauty Memperkenalkan Pelembap Bibir – Pro Kiss’r Luscious Lip Balm
Bagi anda yang sedang mencari pelembap bibir yang bersesuaian dengan bibir anda, Fenty Beauty baru-baru ini telah memperkenalkan Pro Kiss’r Luscious Lip Balm dengan pilihan warna dan tekstur yang menarik.
Untuk keluaran produk kali ini, Pro Kiss’r Luscious Lip membawakan tiga warna baru yang halus selain diperbaharui dengan peningkatan kelembapan untuk bibir anda. Seperti yang anda ketahui, pelembap bibir berupaya untuk mengekalkan kelembapan bibir lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai jenis bibir yang merekah dan kering serta melicinkan dan melembutkan tekstur garis bibir.
“I’m obsessed with soft, luscious, kissable lips.” – Rihanna
Bukan itu sahaja, pelembap bibir ini juga hadir dengan warna tambahan yang membantu menyerlahkan semua warna kulit. Antara warna yang diperkenalkan adalah Cocoa Drizzle, Latte Lips dan Pinch Me. Tidak seperti kebanyakan pelembap bibir, Pro Kiss’r diperbuat daripada biji shea dan biji mangga yang kaya baik dalam mengekalkan kelembapan bibir dan dalam masa yang sama bibir tidak akan rasa berminyak.
Pelembap bibir ini juga bertindak dalam menyuburkan kesihatan bibir sekaligus menjadikan bibir lebih lembut, lebih halus dan sesuai dipadankan sekali bersama gincu pilihan anda.
Seperti yang anda ketahui, penjagaan bibir sangat penting dan perlu ditambah ke dalam rutin solekan harian. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan pelembap bibir Pro Kiss’r pada harga RM79 di laman rasmi atas-talian Sephora atau di semua rangkaian kedai Sephora.