Carian
Tiga Tawaran Istimewa Sempena Kempen Merdeka Volvo 2020
August 12, 2020 Lina Rosli

Tiga Tawaran Istimewa Sempena Kempen Merdeka Volvo 2020

Volvo Car Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan Kempen Merdeka Volvo 2020 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba.

Melalui kempen ini, tiga sedan Volvo yang dikenali sebagai Volvo S60 T8 R-Design, Volvo S90 T8 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Special Edition ditawarkan bersama-sama dengan tiga tawaran istimewa iaitu insurans percuma tahun pertama, pakej optimum Polestar percuma dan servis penyelenggaraan 5 tahun percuma (VSA5+). Bukan itu sahaja, kesemuanya sedan ini juga ditawarkan pelepasan cukai jualan semasa oleh kerajaan.

Di samping tiga tawaran istimewa, Volvo Car Malaysia turut menambah tawaran ekstra untuk pembeli Volvo S90 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Edisi Khas, dalam bentuk baucar RM15,000 untuk memiliki aksesori model Volvo S90 Inscription Plus, dan kit gaya luaran percuma serta rim dan tayar bersaiz 20 inci bernilai RM35,000 untuk model Volvo S90 T8 Edisi Khas.

Selain itu, Volvo Car Malaysia juga menawarkan peluang untuk memiliki barangan eksklusif Volvo seperti jam tangan, cermin mata hitam, kereta elektrik untuk kanak-kanak dan banyak lagi dengan harga pakej khas RM1,957 untuk semua.

Akhir sekali, dengan kerjasama Thule Malaysia, pemilik Volvo yang menampilkan kunci kereta mereka ketika membeli beg barangan dan beg galas Thule Crossover 2 akan dihadiahkan Thule Subterra PowerShuttle Organizer bernilai RM119. Pemilik kereta Volvo juga akan mendapat diskaun 15% untuk semua barangan Thule sehingga akhir Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka Volvo 2020, sila kunjungi laman rasmi Volvo Car Malaysia atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook  dan Instagram untuk sebarang maklumat terkini.

Komen