Rasai Pengalaman Pintar Ketika Berada Di Dapur Dengan Samsung Family Hub

Apakah perkara pertama yang anda akan lakukan jika anda mempunyai rumah sendiri? Ya, sudah tentu anda ingin memastikan keselesaan ketika berada di rumah terjamin. Ada yang mengatakan bahawa dapur adalah nadi setiap rumah tangga, kerana ia merupakan tempat di mana anda akan meluangkan masa yang panjang sewaktu masak atau makan. 

Untuk saya sendiri, jika hendak memasak, saya amatlah mementingkan segala keperluan seperti bahan masakan sudah lengkap selain mempunyai tempat penyimpanan yang baik dan tahan lama.

Peti sejuk boleh dikatakan peralatan terpenting di dapur. Jika tiada peti sejuk, di manakah anda akan menyimpan segala barang-barang dapur anda? Menyedari hakikat penting ini, Samsung telah memperkenalkan banyak inovasi dalam peti sejuk dalam model Side by Side Samsung Family Hub. Ia bukan sahaja membantu dalam menyimpan barang-barang, malah ia turut membantu anda merancang belanja runcit, penyediaan makan, perkongsian nota dan juga berupaya memainkan muzik atau filem kegemaran anda.

Peti Sejuk Pintar Dari Samsung

Dengan adanya peti sejuk pintar Samsung Family Hub, ia dapat meningkatkan prestasi ketika anda berada di dapur selain turut menjadikan kehidupan lebih mudah.

Ia juga membantu pengguna menyediakan dan merancang makanan dengan membiarkan mereka melihat apa yang ada di dalam peti sejuk tidak kira tempat dan pada bila-bila waktu.

Sebagai contoh, jika anda hendak membeli-belah barangan dapur, anda hanya perlu mengakses ciri ‘View Inside’ atau ‘Lihat Di Dalam’ yang tersedia di Family Hub dan aplikasi Family Hub melalui peranti mudah alih Samsung. Kamera dalaman yang dipasang di peti sejuk akan menunjukkan kepada anda apa yang anda miliki sekarang.

Selain dari itu, peti sejuk Samsung Family Hub turut berupaya mencadangkan resipi yang lazat dan selain memberikan arahan penyediaan makanan yang mudah, berdasarkan makanan yang anda suka dan bahan yang tersedia di dalam peti sejuk anda melalui ciri Recipes & Meal Planner (Resipi & Perancang Makanan).

Melalui paparan Family Board yang besar pada pintu peti sejuk, anda boleh berkongsi berita, video, gambar dan juga nota serta mesej untuk terus berhubung dengan keluarga anda. Selain itu, anda turut dapat mengakses ciri Calendar di peti sejuk untuk mengetahui tarikh dan aktiviti penting bersama keluarga.

________________________________________________________________________

Samsung hadir dengan inovasi untuk ekosistem rumah yang baik dan teliti, yang turut membolehkan semua peranti di rumah saling terhubung satu sama lain. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peti sejuk Samsung Family Hub, kunjungi laman rasmi Samsung.