Adakah Baik Untuk Makan Roti Setiap Hari?
Jika anda perasan, roti adalah makanan utama untuk masyarakat di Barat. Mereka akan menyediakan pelbagai jenis hidangan menggunakan roti iaitu dari roti bakar semasa sarapan, sandwich pada makan tengah hari hingga ke pizza pada waktu makan malam. Ia sudah menjadi tradisi selama bertahun-tahun.
Tidak ketinggalan, masyarakat di Malaysia juga boleh dikatakan agak menggemari hidangan roti juga namun tidak sekerap di negara barat. Pernah pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semua bekalan roti di Malaysia telah habis dijual.
Namun yang menjadi persoalan adalah, adakah baik jika makan roti setiap hari? Jawapannya adalah semua bergantung kepada pilihan jenis roti dan jumlah kuantiti yang anda makan.
Anda mungkin pernah mendengar bahawa roti gandum adalah lebih baik berbanding roti putih. anda daripada putih. Menurut pakar, roti gandum dapat mengekalkan semua serat dan nutrien penting seperti zat besi, zink, dan vitamin B. Sementara roti putih pula menghasilkan produk yang lebih enak dan stabil, tetapi mempunyai nilai pemakanan yang lebih sedikit.
Dengan ini dapat dinyatakan yang mana makan roti gandum mungkin membawa banyak faedah, namun bukan untuk roti putih. Berikut adalah beberapa kesan kesihatan memakan roti setiap hari:
Meningkatkan gula darah anda
Sekiranya anda mementingkan kadar gula dalam darah anda, pengambilan roti putih harian anda tidak digalakkan. Dos tinggi karbohidrat sederhana dalam biji-bijian halus diserap ke dalam aliran darah lebih cepat berbanding karbohidrat kompleks dalam gandum utuh, yang menyebabkan kenaikan gula darah yang cepat. Menurut Harvard Health, gula darah yang kuat meningkat jika memakan makanan tinggi glisemik.
Menambah berat badan
Pengambilan roti yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa satu makanan biasanya tidak menjadi faktor dalam penambahan berat badan. Peningkatan berat badan tidak berlaku hanya dengan memakan roti putih. Sebaliknya, kenaikan berat badan adalah hasil daripada makan lebih banyak kalori daripada yang digunakan oleh tubuh kita untuk tenaga.
Menambahkan vitamin dan mineral dalam makanan
Tidak semua bahagian di dalam roti adalah tidak baik. Ia juga hadir dengan nutrien semula jadi yang baik untuk tubuh. Nutrien yang biasa ada di dalam roti termasuk asid folik dan zat besi, yang keduanya memainkan peranan penting dalam kesihatan.
Pengambilan asid folik yang mencukupi amat penting bagi wanita hamil bagi mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi baru lahir. Selain roti, asid folik juga boleh didapati di dalam beras, pasta dan banyak lagi. Manakala, makanan yang kaya zat besi pula bertanggungjawab dalam menjaga penghantaran oksigen yang optimum ke tisu dan organ dan melindungi dari anemia akibat kekurangan zat besi.
________________________________________________________________________
Sekiranya anda makan terlalu banyak roti, sudah tentu anda akan menyerap semua karbohidrat, garam, gula halus dan bahan pengawet yang terkandung di dalamnya. Ia bukan sahaja akan merosakkan berat badan ideal, bahkan ia akan mengganggu sistem tubuh badan anda. Oleh itu, anda disarankan untuk makan secara sederhana terutamanya apabila anda mementingkan kesihatan tubuh anda.