The Face Shop Hadir Dengan Kempen #EcoBeautySquadMY – Menggalakkan Wanita Menjadi Berani

THE FACE SHOP sebelum ini pernah hadir dengan pelbagai barisan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ia bukan hanya tertumpu kepada wanita, malah ia juga turut mengeluarkan produk penjagaan kulit untuk lelaki.

Baru-baru ini, sebuah jenama kecantikan terkemuka Korea iaitu THE FACE SHOP, hadir dengan sebuah kempen yang dinamakan #EcoBeautySquadMY. Kempen ini menampilakan pencarian bintang baru di seluruh negara. Bermula pada 6 Julai 2020, pertandingan ini menggalakkan individu wanita untuk “Berani Menjadi” atau “Dare to Be” dan berasa selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Kempen ini bukan sahaja dapat membuka peluang kepada individu untuk menonjolkan bakat, malah ia turut memberikan pengalaman baru sepanjang kursus dijalankan. 

Bengkel ini akan diketuai oleh mentor dan personaliti media sosial popular Venice Min. Menurut THE FACE SHOP, bengkel ini akan diadakan secara atas-talian yang akan membimbing peserta mengenai teknik dan strategi untuk berjaya dalam dunia digital.

Menerusi kempen pencarian #EcoBeautySquad, para peserta yang berminat dikehendaki menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka, menunjukkan kekuatan dalaman dan keinginan mereka untuk menjadi pencetus trend yang berani. 

Pemenang #EcoBeautySquad Malaysia akan menerima pakej Hadiah Utama yang komprehensif termasuk kontrak 12 bulan dengan THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan dan banyak lagi hadiah bernilai sehingga RM20,000.

Cara Penyertaan Pertandingan 

Bagi yang berminat, #EcoBeautySquadMY terbuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas. 

Untuk menyertai:

1. Muat naik gambar atau video anda (tidak melebihi 1 minit) di Instagram, dengan satu fakta menarik mengenai diri anda yang menjadikan anda pilihan utama sebagai bintang baru #EcoBeautySquad

2. Isi borang penyertaaan #EcoBeautySquadMY dan tag @thefaceshopmalaysia

3. Tetapkan profil Instagram anda ke ‘umum’ atau public untuk memudahkan pihak terbabit melihat profil anda.

Tarikh tutup penghantaran penyertaan: 16 Ogos 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai THE FACE SHOP serta terma dan syarat untuk menyertai kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi laman rasmi THE FACE SHOP atau ikuti saluran media sosial rasmi di Facebook dan Instagram.