Carian
Makan Terlalu Banyak Daging Boleh Mengakibatkan Sakit Perut?
August 13, 2020 Lina Rosli

Makan Terlalu Banyak Daging Boleh Mengakibatkan Sakit Perut?

Daging adalah sumber protein yang baik untuk tubuh. Meski begitu, tidak semua orang mempunyai sistem pencernaan yang baik setelah makan daging. Antara reaksi yang umum dan kerap dialami kebanyakan individu setelah memakan daging berlemak adalah sakit perut. Kenapa makan daging pada kuantiti yang banyak boleh menyebabkan sakit perut?

cooked meat on black plate

Mengapa sakit perut selepas makan daging?

Seperti yang kita tahu, daging sememangnya mempunyai kebaikan dalam membekalkan vitamin B12 yang membantu menghasilkan DNA dan menjaga kesihatan sel-sel saraf dan darah merah. Ia juga mengandungi zink yang menjadikan sistem kekebalan tubuh berfungsi dengan baik. Daging merah juga turut menyediakan protein yang membantu membina tulang dan otot. 

Walau bagaimanapun, pengambilan daging yang berlebihan tetap ada kesan sampingan seperti sakit perut. Berikut adalah beberapa perkara yang menyebabkan sakit perut setelah makan daging seperti:

Daging Dimakan Pada Kuantiti Yang Banyak

Apabila mengambil daging pada kuantiti yang banyak, sudah tentu proses pencernaan protein dan lemak juga akan mengambil masa yang agak lama. Ia sekaligus menyebabkan perut anda penuh, terasa tidak selesa, malah menyebabkan sakit perut.

Alergi Pada Daging

Jika seseorang mempunyai alahan atau alergi pada makanan, ia akan menunjukkan gejala seperti kekejangan perut, mual dan muntah. Gejala tersebut biasanya akan berlaku dalam beberapa minit atau jam selepas daging dimakan. Bila anda sering mengalami sakit perut setelah memakan daging, anda lebih disarankan untuk segera mendapatkan nasihat doktor.

sliced meat beside silver knife

Masalah Pada Sistem Pencernaan

Penyakit gastritis berlaku akibat keradangan pada lapisan perut. Orang dengan masalah ini menggantikan daging merah kepada daging putih seperti ayam tanpa lemak atau ikan. Selain itu, anda yang mengalami penyakit otot pada usus yang memerlukan usus bekerja lebih keras untuk memproses daging akan mengakibatkan masalah sakit perut dan nyeri ulu hati.

Keracunan Makanan

Ia juga akan mendatangkan masalah jika daging yang dimakan tidak dibersihkan dengan betul. Jika daging tidak dibersihkan dan tidak dimasak dengan suhu yang betul, boleh membuatkan anda sakit perut. Kualiti daging yang kurang baik juga mungkin memberi kesan terhadap kesegaran daging dan kualiti nutrisi. Selain itu juga boleh menyebabkan keracunan makanan.

Daging yang terkontaminasi dengan bakteria seperti Salmonella, E. colli, atau Listeria antara penyebab keracunan. Hal ini boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari setelah daging dimakan. Simptom keracunan makanan adalah sakit perut, muntah dan cirit- birit.

Mengambil Sumber Kafein Selepas Makan Makanan Berlemak

Sudah tentu daging mempunyai kadar lemak yang agak tinggi. Terdapat kemungkinan saluran darah menjadi kaku dan minyak dalam makanan mungkin tersimpan di sepanjang dinding arteri. Ia bergantung pada jenis daging yang anda ambil sama ada masih mentah atau telah dimasak dan dipanggang. Mendapatkan terlalu banyak kopi akan menyebabkan tekanan darah dan kesan sampingan yang lain. Minuman yang paling selamat dan disyorkan ialah teh hijau selepas makanan berat anda.

_______________________________________________________________________

Tak hanya protein, daging mempunyai turut mengandungi nutrisi seperti lemak, zink, zat besi, hingga pelbagai vitamin yang diperlukan tubuh. JAdi apabila sistem pencernaan anda tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap salah satu jenis daging, contoh daging lembu, anda boleh menggantinya dengan sumber protein lain seperti daging ayam atau ikan.

Komen