Ketahui Khasiat Pisang- Pisang Hijau vs Pisang Kuning
Pisang adalah sumber serat, kalium, vitamin B6, vitamin C, antioksidan yang baik dan diketahui khasiatnya untuk kesihatan kardiovaskular dan sistem pencernaan tubuh manusia.
Namun, terdapat segelintir individu tidak menyukai pisang yang sudah terlalu masak atau mempunyai bintik hitam pada bahagian kulit pisang. Sementara, ada juga orang yang akan makan sahaja pisang walaupun pisang tersebut masih belum matang.
Oleh itu, apa sebenarnya yang berlaku dalam proses pematangan? Pada dasarnya, pati dalam pisang berubah menjadi gula. Semasa ini berlaku, kulit pisang kehilangan klorofil dan hijau akan mula menjadi kuning.
Jadi, bilakah masa yang tepat untuk makan pisang? Sebenarnya, ia bergantung kepada faedah apa yang anda cuba dapatkan daripadanya.
Khasiat Pisang yang Belum Matang Atau Masih Hijau
Menurunkan Kandungan Gula
Pisang yang belum matang mengandungi lebih banyak kanji, ini bermakna kurang gula di dalamnya dan hal ini menyebabkan mengapa pisang tersebut tidak terasa manis. Jadi, bagi anda yang mungkin mempunyai penyakit seperti diabetes dan ingin menghindari gula, pisang hijau adalah jenis yang paling sesuai.
Kenyang lebih lama
Kanji dalam pisang yang belum masak dapat membuat anda merasa kenyang lebih cepat dan menjadikan anda kenyang lebih lama. Ini menjadikan mereka makanan ringan atau snek yang baik di antara setiap hidangan. Ini juga dapat membantu anda membakar lebih banyak lemak dengan cepat.
Khasiat Pisang Yang Telah Masak Atau Bewarna Kuning
Bersifat Anti-Kanser
Bintik-bintik coklat pada pisang menunjukkan TNF (Tumor Necrosis Factor). TNF membantu melawan sel-sel yang tidak normal di dalam badan.
Lebih mudah dicerna
Apabila pisang telah masak, sistem pencernaan tubuh dapat menguraikan karbohidrat dengan mudah. Malah dapat melancarkan proses pencernaan.
Tahap Antioksidan Lebih Tinggi
Antioksidan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk peningkatan imuniti, kesan anti-penuaan, dan sifat anti-radang.
________________________________________________________________________
Walau apapun tahap keranuman, pisang menampilkan banyak nutrien di dalam satu buah. Ia adalah snek yang baik yang juga mampu mengekalkan kadar gula dalam darah sekaligus mengekalkan tahap tenaga anda sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, pisang juga didapati dapat mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan. Ini kerana pisang mengandungi triptofan yang kemudian ditukarkan oleh badan menjadi serotonin. Buah-buahan kecil ini mempunyai manfaat kesihatan keseluruhan dan senang dimasukkan dalam diet seharian anda. Selamat mencuba!