Kepentingan Rutin Penjagaan Diri – Utamakan Keperluan Kulit Menggunakan SK-II
Seperti yang dinyatakan oleh mana-mana pakar kecantikan, rutin penjagaan diri ini amat penting dalam memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan diri dan emosi. Penjagaan diri ini merangkumi semua perkara yang anda lakukan untuk menjaga kesejahteraan yang mana melibatkan empat dimensi utama iaitu kesihatan emosi, fizikal, psikologi dan rohani.
Sebilangan individu berpendapat bahawa dengan gaya hidup yang sibuk, jarang sekali ada peluang untuk memanjakan diri, lebih-lebih lagi bagi mendapatkan rawatan kulit yang sempurna. Salah satu cara mudah untuk meluangkan masa untuk penjagaan diri adalah mengutamakan rutin penjagaan kulit yang baik.
Sekiranya anda mencari produk yang dapat membantu memperbaiki fungsi semula jadi kulit anda, SK-II adalah produk yang patut anda cuba. SK-II adalah singkatan dari Secret Key, yang mana menampilkan barisan produk yang mampu memberikan kesan penghidratan dan kekuatan kulit yang baik kepada wanita. Ia juga sesuai untuk ditambah ke dalam rutin penjagaan diri anda:
Menampilkan Intipati Yang Sempurna
SK-II PITERA Essence (230ml), RM 759
SK-II PITERA Essence sememangnya antara pilihan yang cukup digemari sejak penubuhannya lebih dari 49 tahun yang lalu dan merupakan klasik penjagaan kulit. Ia diformulasikan dengan lebih dari 90% PITERA, essence ini kaya dengan mineral, asid amino, vitamin dan asid organik yang baik untuk merawat kulit.

Menyinarkan Kulit Dengan Formula Terbaik
SK-II GenOptics Aura Essence (50ml), RM 838
Serum pencerah SK-II GenOptics Aura Essence berfungsi untuk mengurangkan bintik-bintik usia dan melanin pada kulit bagi menampilkan warna kulit yang lebih baik. Formula ringan ini bukan sahaja memudahkan penyerapan nutrien ke dalam kulit, malah turut memberi anda wajah yang bersinar.

Memperbaiki Kelembapan Kulit
SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion (50g), RM 419

SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion memberikan kelembapan pada kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit. SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion juga membawakan tekstur lembut dan ringan yang mana berfungsi lebih baik pada bahagian berminyak pada kulit dan membantu mengecilkan liang pada kulit. Sementara itu, R.N.A Power Radical New Age pula mampu menenangkan dan melembapkan bahagian kulit yang lebih kering tanpa sisa berminyak selain turut membantu memperbaiki kulit dari dalam dengan membantu mengunci kelembapan.
________________________________________________________________________
Bagi yang berminat, kesemua produk SK-II ini boleh mula didapati di semua rangkaian rasmi SK-II di seluruh dunia. Ia juga boleh dibeli secara atas-talian termasuk di laman rasmi Sephora.