Kad Nirsentuh Dwi-Matawang Diperkenalkan – EZ-Link Singapura dan Touch ‘n Go Malaysia
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan kebenaran rentas sempadan antara Malaysia dan Singapur telah dibenarkan. Rentetan dari itu, kad nirsentuh dwi-matawang yang dinamakan Ez-Link x Touch ‘n Go Monitoring Card telah diperkenalkan kepada individu yang kerap melakukan pergerakan antara dua buah negara ini. Kad rentas sempadan ini adalah yang pertama bagi rantau ini yang membenarkan pengguna untuk menyimpan kedua dolar Singapura dan ringgit Malaysia pada kad yang sama, namun pada dompet yang berbeza.
Walau bagaimanapun, setiap tambah nilai yang dilakukan di Malaysia hanya akan ditambah ke dalam dompet Touch ‘n Go dan tidak boleh ditukar kepada matawang Singapura. Jumlah tambah nilai maksima yang dibenarkan di dalam kad ini adalah RM1500 untuk dompet Touch ‘n Go dan $500 untuk dompet Ez-Link.
Hasil kolaborasi bersama antara EZ-Link dan Touch ‘n Go ini bukan sahaja menawarkan kemudahan dan fleksibiliti pengguna untuk pilihan pembayaran di kedua-dua negara, malah ia turut membenarkan pengguna untuk melakukan pembayaran Electronic Road Pricing (ERP), bayaran tol dan bayaran parkir di beberapa tempat letak kereta di Singapura. Sementara di Malaysia pula, pengguna boleh membuat pembayaran tol, bayaran tempat letak kereta, tambang MRT dan juga bas.
Bagi yang berminat, anda kad ini boleh didapati di kedai rasmi EZ-Link di Lazada Singapura pada harga sekita $7 (~RM21.45) secara atas-talian bermula hari ini (17 Ogos 2020). Jika anda ingin mendapatkannya di kedai fizikal, ia akan mula diagihkan pada September 2020 kelak.