Mata Sihat – Ini Adalah Tips Untuk Mendapatkan Penglihatan Yang Baik

Penglihatan yang baik merupakan antara faktor yang membantu anda berprestasi dengan baik sama ada di rumah, di tempat kerja, atau di mana. Oleh yang demikian, penjagaan mata amat penting dalam memastikan penglihatan anda berada pada tahap terbaik.

Kebiasaannya, pemeriksaan mata adalah kaedah terbaik untuk melindungi penglihatan anda sekaligus langkah berjaga-jaga akan lebih mudah diambil.

Berikut adalah beberapa petua untuk membantu menjaga kesihatan mata yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian.

Mengamalkan Diet Seimbang

Jadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebahagian daripada diet sihat anda. Anda boleh memilih makanan yang kaya dengan antioksidan, seperti Vitamin A dan C. Anda juga boleh mendapatkan salmon di dalam rutin harian anda kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan makula. Ia merupakan bahagian mata yang bertanggungjawab untuk penglihatan pusat.

Pengambilan antioksidan yang tidak mencukupi, pengambilan alkohol atau lemak tepu boleh menyebabkan reaksi radikal bebas yang boleh membahayakan makula (bahagian tengah retina). Bukan itu sahaja, diet tinggi lemak juga boleh menyebabkan deposit yang menyekat aliran darah di arteri. Mata sangat sensitif kerana saluran darah yang di bahagian mata adalah kecil. 

Senaman Dan Tidur Yang Berkualiti

Latihan meningkatkan peredaran darah, yang meningkatkan tahap oksigen ke mata dan penyingkiran toksin. Selain itu, tidur yang berkualiti juga baik menyokong kesihatan mata anda kerana ia memberikan rehat yang cukup pada mata.

Menjaga Kebersihan Tangan

Tangan adalah anggota yang paling kerap terdedah dengan bakteria. Oleh itu, kebersihan tangan sangat penting terutamanya jika anda pemakai kanta lekap. Sebelum anda menyentuh mata anda, pastikan anda membasuh tangan dengan sabun dan mengeringkannya dengan tuala bersih sebelum anda memasukkan atau melepaskan kanta lekap. Sebilangan kuman dan bakteria yang berasal dari tangan anda boleh menyebabkan jangkitan mata, seperti konjungtivitis bakteria.

Memakai Cermin Mata Hitam

Selain itu, jika anda kerap berada di luar yang mana mata anda akan terdedah kepada sinar ultraviolet (UV) yang berbahaya, anda disarankan untuk memakai cermin mata hitam. Pilih cermin mata hitam dengan perlindungan UVA dan UVB untuk melindungi mata anda.

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa petua lain untuk penjagaan mata semasa anda menggunakan komputer:

  1. Jauhkan skrin komputer anda dalam jarak 30 hingga 40 cm dari mata anda.
  2. Pastikan bahagian atas skrin komputer anda sedikit di bawah paras mata.
  3. Sesuaikan pencahayaan untuk mengurangkan silau pada skrin.
  4. Pastikan anda rajin mengerlip mata setiap 4 hingga 5 minit.
  5. Berhenti seketika setiap 20 minit dan fokus pada objek yang berjarak 20 kaki selama 20 saat.
  6. Pastikan mata anda tidak kering. Jika ya, anda boleh menitiskan titisan mata seperti eyemo pada mata anda.

Sumber: Nei