Carian
Maybank, Grab Dan Mastercard Hadir Dengan Kad Kredit Terbaru – Maybank Grab Mastercard Platinum
August 18, 2020 Lina Rosli

Maybank, Grab Dan Mastercard Hadir Dengan Kad Kredit Terbaru – Maybank Grab Mastercard Platinum

Dalam arena teknologi hari ini, kad kredit Maybank Grab Mastercard Platinum kini rasmi dilancarkan. Menerusi kolaborasi bersama antara Maybank, Grab dan Mastercard, kad ini dilihat membantu individu mendapatkan ganjaran untuk gaya hidup mudah alih mereka selain memudahkan penggunaan perkhidmatan Grab. Kad ini juga merupakan kad kredit dwi paparan yang pertama di Malaysia.

Menerusi penawaran kad kredit ini, anda boleh mendapatkan mata ganjaran GrabRewards (GRP) dengan lebih cepat dan mudah yang boleh digunakan untuk menebus baucar dan membuat pembayaran. Pemegang kad juga akan memperolehi 5X GRP untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk perkhidmatan Grab seperti e-hailing, penghantaran makanan, tambah nilai e-dompet Grab dan juga pembelian dalam talian serta di luar talian di rakan niaga GrabPay. 

Sementara itu, untuk transaksi yang dibelanjakan diluar negara pula akan memperolehi 2X GRP 2X untuk setiap RM1 dan 1X GRP untuk setiap RM3 perbelanjaan untuk pembelian di laman e-dagang.

Bukan itu sahaja, permohonan kad yang diluluskan pula akan menerima 1,000 GRP sebagai hadiah aluan dan peningkatan keahlian Grab secara automatik ke tahap Platinum selama enam bulan. Pemegang kad juga mempunyai peluang untuk mendapat baucar Grab bernilai RM50 dengan pembelanjaan minimum sejumlah RM300 untuk e-hailing, penghantaran makanan atau tambah nilai e-dompet Grab dalam jangka masa 45 hari pertama.

Dengan penawaran kad kredit berjenama Grab ini, ia membawakan perubahan yang yang baik dalam gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin bergantung kepada telefon pintar dan penggunaan kaedah dalam talian untuk perkhidmatan harian, membeli-belah, dan melakukan urus niaga perbankan.

Bagi yang berminat, rakyat Malaysia dengan pendapatan tahunan minimum RM36,000 layak untuk memohon Maybank Grab Mastercard Platinum yang ditawarkan dengan pengecualian yuran tahunan seumur hidup. Permohonan boleh dilakukan melalui laman web Maybank2u mulai hari ini. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Maybank2u.

Komen