Tips Menanggalkan Pelekat Menggunakan Pengering Rambut
Pernahkah anda berasa sukar untuk menanggalkan pelekat atau sticker daripada produk atau barangan kelengkapan anda? Jika ya, Tajria hari ini ingin berkongsi tips mudah untuk menanggalkan pelekat menggunakan pengering rambut.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk menanggalkan pelekat:
- Pilih tetapan pada pengering rambut pada tahap panas yang tertinggi pada pengering rambut anda, dan letakkannya sekitar satu hingga dua inci dari pelekat tersebut.
- Panaskan pelekat kira-kira satu atau dua minit.
- Kemudian, anda akan dapati bahawa wap panas dari pengering rambut telah melonggarkan pelekat sehingga lebih mudah untuk ditanggalkan.
Mengapa Pelekat Melekit?
Tertanya-tanya mengapa pelekat begitu melekit? Ia disebabkan viscoelasticity dan ikatan yang erat antara molekul. Menurut Scientific American, pelekat ini mempunyai bahan likat, seperti air. Dengan ini, ia akan menahan aliran ricih dan menekan secara linear ketika tekanan diberikan.
Kaedah Menanggalkan Pelekat Lain
Ada beberapa cara lain untuk menanggalkan pelekat dengan segera. Anda boleh menggunakan cuka putih atau alkohol. Kedua-dua item ini dapat membantu menjadikan pembuangan pelekat menjadi mudah.
Selain itu, minyak zaitun adalah penanggal pelekat yang hebat. Masukkan sejumlah besar minyak zaitun ke tuala kertas atau kain bersih dan gosokkan lembut pada pelekat yang terlekat.
Kaedah terakhir yang boleh dilakukan juga adalah dengan menggunakan cuka suam dan air sejuk. Ambil span dan rendam dalam mangkuk cuka suam. Kemudian masukkan pelekat dengan larutan. Biarkan selama beberapa minit, perlahan-lahan keluarkan pelekat, dan bilas dengan air sejuk. Kaedah ini sesuai untuk menghilangkan pelekat dari pakaian.