Carian
Mari Cuba Resepi Spaghetti Keju Dan Herba Untuk Disajikan Bersama Keluarga
August 21, 2020 Lina Rosli

Mari Cuba Resepi Spaghetti Keju Dan Herba Untuk Disajikan Bersama Keluarga

Untuk menu dari dapur Tajria hari ini, kami akan berkongsi kepada anda hidangan yang sesuai untuk disajikan bersama keluarga iaitu Spaghetti Keju Dan Herba.

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan sewaktu menyediakan hidangan ini:

Bahan-bahan:

  • 1 keping dada ayam (chicken fillet)
  • Bebola daging (dipotong dua, sediakan mengikut citarasa anda)
  • Lada benggala hijau dan kuning (dipotong kecil, sediakan mengikut citarasa anda)
  • Cendawan Shitake (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk dan cincang halus)
  • 5 tangkai cili api
  • Basil, Parsley dan Rosemary
  • Garam
  • 1 tin Sos Prego Keju Dan Herba
  • 1 paket Spaghetti

Cara Penyediaan:

1. Sediakan periuk yang diisi air dan campurkan sedikit minyak. Masukkan spagetti dan masak sehingga mendidih. Jika sudah mendidih, tos air dan masukkan spagetti ke dalam bekas makanan.

2. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu mentega dan sedikit minyak masak. Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga naik bau.

3. Setelah bahan tumisan sudah berwarna keemasan, masukkan ayam dan bebola daging. Tumis sehingga masak.

4. Seterusnya, tumiskan cendawan dan lada benggala bersama bahan-bahan yang telah dimasak di dalam kuali. Biarkan selama 2 minit.

5. Masukkan Sos Prego Keju dan Herba ke dalam kuali. Campurkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan kuah. Masaknya sehingga mendidih.

 

6. Akhir sekali, masukkan garam dan juga campurkan sekali basil, parsley dan rosemary untuk rasa yang lebih menarik. Selamat mencuba!

Anda juga boleh menukar bebola daging dengan bebola lain yang anda gemari seperti bebola ikan, bebola ayam atau makanan laut segar. 

Komen