Big Fashion Sale – Samsung Members Boleh Mendapatkan Diskaun Sehingga 26 Peratus Di ZALORA

Seperti yang anda sedia maklum, aplikasi atas-talian dan platform e-dagang kini boleh bergerak dan membangun dengan sangat pantas. Ia bukan sahaja membawa kepada perubahan gaya hidup, malah ia juga membantu dalam meningkatkan produktiviti individu di Malaysia. 

Tidak ketinggalan, ZALORA merupakan salah satu platform e-dagang untuk fesyen yang sangat berkembang. Dari fesyen wanita yang menakjubkan hingga pakaian untuk lelaki yang trendy. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan variasi produk lain kosmetik dan juga produk penjagaan kulit.

Samsung kini hadir dengan tawaran untuk Samsung Members yang mana pengguna yang berdaftar di Samsung Members boleh mendapatkan tawaran diskaun sehingga 26 peratus. Ia boleh digunakan ketika anda membeli belah di ZALORA. Antara jenama fesyen yang boleh anda dapatkan adalah Dorothy Perkins, Cotton On, Calvin Klein dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula memuat turun aplikasi Samsung Members bemula hari ini.

Bagaimana Anda Boleh Mula Menebus?

1. Klik “Tebus” apabila siap membeli-belah.
2. Klik pada kod penebusan untuk menyalin kod baucar.
3. Seterusnya, pilih butang “Visit the Website” untuk mengakses laman web ZALORA Malaysia atau aplikasi mudah alih.
4. Kemudian, masukkan kod penebusan di kotak “Kod Promosi” semasa pembayaran.
5. Dengan pembelian RM150 ke atas, anda akan memperoleh diskaun sebanyak 20 peratus. Manakala untuk pengguna baru pula, anda boleh menikmati diskaun 26 peratus tanpa had pembelian minima jika anda membeli belah di ZALORA.

Tawaran sah sehingga 31 Disember 2020, untuk pengguna baru, sementara pengguna sedia ada boleh mendapatkan diskaun sehingga 30 Spetember 2020.

Untuk terma dan syarat e-Voucher ZALORA, sila klik pautan masing-masing di bawah: