Lina Rosli Diterbitkan 24 August 2020

Desaru Coast – Rasai Percutian Holistik di Malaysia

Desaru Coast – Rasai Percutian Holistik di Malaysia

Pelancongan domestik telah meningkat sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi di tempat-tempat peranginan popular. Bersempena cuti peristiwa bulan kemerdekaan ini, pasti ramai dalam kalangan anda yang ingin merancang percutian bersama keluarga.

Bagi anda yang tidak pasti lagi ingin ke mana, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda persisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia iaitu Desaru hadir dengan pelbagai tawaran menarik untuk para pelancong menikmati keindahan negeri berkenaan.

Dengan keluasan 3,900 ekar di sepanjang persisiran pantai sepanjang 17 km, Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) merupakan sebuah hotel dan pusat peranginan yang terkenal di seluruh dunia, yang mana memiliki keindahan alam semulajadi. Ia juga merupakan salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia, padang golf dan juga membawakan kemudahan membeli-belah yang mudah diakses melalui jalan raya, udara dan laut.

Selain daripada tempat-tempat tarikan dan pantai yang indah, para pengunjung  boleh menikmati pengalaman yang terbaik dari timur mahupun barat melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dan juga pilihan makanan serta minuman yang menyelerakan di Desaru Coast.

Nikmati Keseronokan Di Adventure Waterpark

Salah satu tarikan utama yang perlu anda ambil perhatian adalah Adventure Park. Dengan keluasan melebihi 25 ekar, Adventure Waterpark adalah salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia yang menampilkan lebih daripada 20 jenis permainan dan gelongsor selain menampilakan konsep perkampungan nelayan Melayu.

Bagi anda yang berminat, Adventure Waterpark menawarkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk semua pemegang MyKad, yang membolehkan anda untuk mendapatkan tiket kedua secara percuma dengan setiap pembelian tiket harian dewasa atau kanak-kanak. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos dan boleh didapati secara eksklusif di laman web Desaru Coast dengan kod promosi ‘WEAREOPEN’.

Anda juga tidak perlu risau dengan ketersediaan makanan sewaktu beriadah di Adventure Park kerana anda pasti merasa rambang mata dengan pilihan makanan dan minuman yang disediakan di sini. Anda boleh mendapatkan penjimatan besar dengan ‘63 Merdeka Combo’ di River Grill. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh mendapatkan tawaran-tawaran lain yang hebat di Beachside Cabana.

Pelbagai pilihan dan tawaran tempat penginapan

Untuk memeriahkan lagi percutian hujung minggu Merdeka, Desaru Coast bakal menawarkan dua pakej percutian yang menarik iaitu Sun-tastic Getaway dan Golf Galore di Desaru Coast. Anda boleh menikmati pakej dengan penjimatan sehingga 60% bermula hari ini sehingga 23 Disember 2020.

Promosi Sun-tastic Getaway ditawarkan dengan harga bermula dari RM689 untuk penginapan dua hari, satu malam bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak dengan aktiviti terancang di dalam dan juga di sekitar destinasi Desaru. Pakej ini termasuk penginapan di tiga hotel bertaraf premium iaitu Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara.

Bagi penggemar golf, Golf Galore Desaru Coast hadir dengan tawaran bilik dengan katil berkembar pada harga bermula RM799 seorang untuk penginapan dua hari satu malam. Pakej ini termasuk penginapan hotel, permainan golf tanpa had di The Els Club Desaru Coast Ocean Course dan juga akses tanpa had ke padang golf 9 lubang Academy Course dan lapangan sasar.

_________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Desaru Coast. Nikmati percutian dan pelancongan yang meriah bersama ahli keluarga anda! Tempahan awal adalah disarankan.