Carian
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Haiwan Perliharaan Mempunyai Alahan Dengan Tumbuhan Rumah?
August 28, 2020 Lina Rosli

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Haiwan Perliharaan Mempunyai Alahan Dengan Tumbuhan Rumah?

Tidak dinafikan, alahan atau kesan alergi pasti akan membuat anda berasa sensitif dan sengsara. Mata akan menjadi merah dan mula menjadi gatal dan berair.

Sama seperti orang, kucing dan haiwan perliharaan juga boleh mengalami alahan yang disebabkan oleh tumbuhan rumah atau houseplant. Walau bagaimanapun, haiwan peliharaan lebih terdedah kepada alergen ini kerana kebanyakan debunga mengapung di udara dan sebahagian besarnya pasti akan berada di kawasan lantai dan bawah tanah.

plants in pots between glass window and shelf

Hal ini kerana, haiwan perliharaan dan kucing semestinya akan berguling-guling di lantai sekaligus akan mengumpulkan debunga ini di bulu mereka. Akhirnya, ia bergerak ke bawah batang rambut dan ke kulit mereka, yang boleh menyebabkan mereka menggosok badan apabila berasa gatal. 

Sekiranya haiwan kesayangan anda menderita alahan:

  1. Langkah pertama adalah membawanya ke doktor haiwan.
  2. Seterusnya yang boleh anda ambil adalah untuk mengetahui apa yang ada di halaman anda yang menjadikan haiwan kesayangan anda sangat menderita. Seperti manusia, alahan haiwan peliharaan boleh datang dari pelbagai perkara – debunga, kulat, kontak dengan perengsa kulit dan lain-lain.
  3. Kemudian, perhatikan jalan biasa dan kawasan permainan yang kerap dilawati oleh haiwan. Dengan ini, ia dapat membantu anda mengenal pasti tumbuhan yang menyebabkan alahan pada haiwan kesayangan anda.

Sebilangan tanaman boleh menyebabkan kegatalan dan ruam pada haiwan peliharaan hanya jika bersentuhan. Sama seperti manusia, kita perlu mewujudkan taman yang mesra alergi yang dapat membantu mengurangkan kegatalan mereka. 

Beberapa tumbuhan yang menyebabkan alahan pada haiwan peliharaan dan bagaimana ia boleh menjadi masalah bagi mereka. 

  • Bonsai
  • Birch, Juniper
  • Palma
  • Pakis
  • Violet Afrika
  • Krisan

Pokok dan rumput biasanya menyebabkan alahan berkaitan debunga pada musim bunga dan awal musim panas, sementara tanaman lain boleh menjadi masalah dari musim bunga hingga musim gugur. Apabila cuaca basah dan lembap, jamur dan kulat juga boleh menyebabkan alahan pada orang dan haiwan peliharaan.

Komen