Perlukah Memakai Sunblock Semasa Menggunakan Pelitup Muka?
Adakah anda pernah terfikir sama ada perlukah anda memakai sunscreen atau sunblock semasa menggunakan pelitup muka? Pasti anda merasakan jika anda telah menggunakan pelitup muka, ia telah menutup sebahagian besar muka anda dan tidak lagi perlu untuk menggunakan SPF, bukan? Ternyata ia tidak benar.
Menurut pakar dermatologi, pelitup muka sememangnya boleh memberi anda perlindungan cahaya matahari hanya sedikit sahaja sahaja. Anda masih memerlukan SPF yang secukupnya untuk memastikan kulit anda selamat dari kesan berbahaya dan kerosakan pada kulit akibat sinar UV. Ia juga dapat mengelakkan parut jerawat, bintik-bintik gelap, melasma, dan hiperpigmentasi menjadi lebih teruk.
Mengapa kebanyakan pelitup muka tidak melindungi kulit anda dari sinaran UV?
Hal ini kerana, pelitup muka kain tidak mampu untuk memantul atau menapis cahaya dan sinar UV. Pelitup muka yang diperbuat daripada linen atau kapas dan juga pelitup muka tiga lapis pula hanya boleh memberikan perlindungan lebih sedikit berbanding pelitup biasa yang mana ia hanya disebabkan oleh ketebalannya teksturnya sehaha. Jadi anda masih tidak boleh bergantung kepada pelitup muka semata-mata.
Anda juga yang mengatakan bahawa pelitup muka berwarna lebih terang, seperti putih atau pastel, memberikan perlindungan UV yang lebih sedikit berbanding warna gelap. Harus diingatkan, warna gelap menyerap lebih banyak haba namun ia masih tidak memantulkan sinaran UV.
Penyelesaian yang mudah? Anda disarankan untuk memakai pelindung muka seperti sunscreen atau sunblock dengan nilai SPF 30 atau lebih di sebelum memakai pelitup muka anda. Walaupun pada hari mendung atau ketika anda berada di luar hanya untuk beberapa minit, anda masih perlu menggunakan pelindung matahari yang bersesuaian. Selamat mencuba!