Dapatkan Persekitaran Tempat Kerja Yang Sihat Dengan 5 Cara Yang Dikongsikan Oleh 3M Malaysia
Sejak kebelakangan ini, jumlah kes untuk Covid-19 di Malaysia dilihat semakin meruncing. Oleh sebab itu, setiap individu sepatutnya perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan dan juga penjarakan fizikal sama ada di rumah, di kawasan pengangkutan awam dan juga di tempat kerja.
Untuk memastikan jumlah kes berada di paras yang selamat, Kementerian Kesihatan telah mewartakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh para majikan dan juga pemilik syarikat demi keselamatan semua. Garis panduan tersebut meliputi cara untuk mengendalikan persidangan, mematuhi penjarakan sosial di pejabat dan menjaga kebersihan di tempat kerja secara efektif.
Jika anda berperanan sebagai seorang majikan atau bimbang tentang keselamatan rakan sekerja anda, anda boleh mengikuti panduan oleh 3M Malaysia ini untuk mengurangkan risiko pendedahan dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat buat semua.
Bersihkan pejabat secara berkala
Jika pejabat anda terbiar kosong dalam jangka masa yang panjang ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, anda perlu melakukan kerja pembersihan sebelum mengalukan semula para pekerja. Mulakan dengan membersihkan siling, kemudian lantai, dan bersihkan seluruh permukaan yang terdedah.
Langkah tersebut harus disusuli dengan penyemburan bahan pembasmi kuman pada semua barang-barang, khususnya barangan yang kerap disentuh seperti kerusi, meja, mesin kopi, penapis air, dan lain-lain. Anda juga perlu menghubungi kru penyenggaraan pejabat untuk membersihkan lohong penyaman udara. Memandangkan kebanyakan ruang tertutup mengitarkan udara yang sama, jadi sebagai langkah proaktif, kita bolehlah memastikan lohong tersebut bersih dan terus berupaya untuk memerangkap habuk. Ia juga dapat mencegah alahan habuk serta paranoia palsu yang dikaitkan dengan demam selesema.
Lengkapi tempat kerja dengan peralatan pembersihan asas
Setelah tempat kerja anda bersih dan kemas, dapatkan peralatan pembersihan asas yang boleh digunakan oleh para pekerja untuk membersihkan ruang kerja masing-masing sebelum dan selepas ia digunakan. Kit pembersihan anda boleh merangkumi item serba guna seperti 3M Disinfectant Cleaner yang boleh digunakan untuk mengelap permukaan tidak berliang dan lantai. Anda boleh mengisi cecair pencuci tersebut di dalam botol penyembur dengan mudah dan memastikan ia sentiasa sedia untuk digunakan. Anda juga boleh mendapatkan 3M Floor Mop & Cleaning Pad untuk tugasan pembersihan yang lain. Selain itu, untuk anda yang menaiki pengangkutan awam, mereka boleh menggunakan mop ini untuk membersihkan ruang kerja dengan segera untuk mengurangkan risiko pendedahan.
Jika ruang kerja anda merangkumi pantri atau kafeteria, dapatkan 3M Scotch-Brite Scourers & Cleaning Cloths agar ruang makan tersebut boleh dilap bersih selepas digunakan. Pastikan kain dan penyental yang dipakai dibiarkan kering untuk mengelakkan pembiakan bakteria di ruang yang terkurung. Dengan memupuk tabiat seperti ini, individu-individu di sekeliling anda boleh berlapang dada, di samping mewujudkan budaya penjagaan kebersihan di tempat kerja yang dapat memberi manfaat kepada semua.
Buat persiapan penjarakan fizikal di pejabat anda
Jika di tempat duduk atau meja anda mempunyai timbunan buku dan rak fail yang meninggi, anda mungkin boleh menggunakan masa ini untuk menyusun atur semula pejabat anda agar ia bersifat lebih praktikal dan menuruti peraturan penjarakan fizikal. Mulakan dengan menyusun semula meja mengikut jarak selamat yang sesuai serta dirikan pengadang fizikal di atas meja menggunakan rak buku atau pasu bunga misalnya.
Berkolaborasi dengan pembekal makanan tempatan untuk tempahan makanan tengahari di pejabat
Selain kebersihan diri, kekuatan sistem imun badan juga penting untuk melawan wabak pandemik. Oleh itu, dengan menyediakan kafeteria anda dengan hidangan makan tengahari yang mudah untuk diakses. Anda mungkin boleh berbincang dengan pembekal makanan tempatan yang boleh menyediakan makanan berbungkus ke pejabat anda agar para pekerja boleh menikmati juadah yang sihat.
Ia bukan sahaja mengurangkan risiko pendedahan atau kontak dengan orang luar kerana para pekerja tidak perlu berjalan keluar ketika waktu makan, malah ia juga boleh merapatkan hubungan silaturahim antara rakan sekerja, di samping membantu perniagaan tempatan untuk bangkit semula.
Tinjau kesihatan dan penglibatan pekerja
Wujudkan ruang dan peluang untuk sesi interaksi antara para pekerja secara berkala, contohnya perbualan antara dua individu, senaman berkumpulan yang masih mematuhi peraturan penjarakan fizikal seperti aktiviti permainan di pejabat. Dengan menavigasi landskap dunia yang baharu ini dengan nilai keprihatinan, kita dapat merapatkan hubungan dan mewujudkan persefahaman yang lebih utuh sebagai sebuah pasukan.
Kami berharap dengan panduan ini, kita semua dapat pulang bekerja di persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera.