Carian
Nikmati Diskaun Sebanyak 63 Peratus Ke Atas Bilik OYO Bersempena Merdeka Ini
August 26, 2020 Lina Rosli

Nikmati Diskaun Sebanyak 63 Peratus Ke Atas Bilik OYO Bersempena Merdeka Ini

Tanggal 31 Ogos ini, Malaysia akan menyambut kemerdekaannya yang ke-63. Pasti banyak produk dan jenama yang hadir dengan pelbagai tawaran diskaun. Tidak ketinggalan, OYO juga kini menawarkan diskaun 63% ke atas kadar bilik di lebih daripada 500 hartanah di Malaysia mulai 17 Ogos hingga 17 September 2020. 

Hal ini bagi menggalakkan lebih ramai pelancong tempatan menerokai keindahan serta kepelbagaian masyarakat, budaya dan makanan di Malaysia. Untuk menikmati diskaun ini, para tetamu perlu memasukkan kod promosi OYOMERDEKA63 semasa membuat tempahan. Diskaun tersebut boleh didapati di lebih daripada 500 hartanah di 13 negeri di Malaysia, serta Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Ianya sah untuk tempahan yang dibuat melalui laman sesawang OYO atau aplikasi Android, iOS dan Windows milik OYO. Tempahan yang dibuat menggunakan promosi ini tidak boleh dipinda dan caj pembatalan akan dikenakan mengikut polisi OYO. Tawaran ini juga tidak boleh digabungkan dengan mana-mana tawaran lain.

Selain itu, OYO baru-baru ini telah melancarkan Sanitized Stays, sebuah protokol kebersihan menyeluruh bagi meningkatkan langkah berjaga-jaga pra serta pasca daftar masuk dan di sepanjang penginapan para tetamu bagi mengekang potensi penularan Covid-19.

Untuk mendapatkan senarai hotel-hotel yang menyertai kempen ini dan mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran OYO yang lain, layari laman rasmi OYO atau muat turun aplikasi OYO.

Komen