3 Sebab Mengapa Tin Minuman Berbentuk Silinder
Bagi anda yang kerap minum minuman tin, pernahkah anda terfikir mengapa tin berbentuk silinder dan bentuk ini telah ditetapkan sebagai standard yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar minuman.
Memang benar tin berbentuk silinder adalah disebabkan bentuknya mudah dipegang. Namun, jika dibandingkan dengan bekas berbentuk empat segi, ia lebih sukar untuk menyusun semua bekas bersama.

Jadi bila dilihat semula, mengapa bekas minuman atau tin minuman berbentuk silinder yang mana ia bukannya bulat mahupun empat segi adalah disebabkan beberapa faktor berikut:
Jika tin minuman berbentuk sfera:
Kelebihan:
- Menggunakan bahan aluminium yang paling sedikit berbanding kuboid dan silinder yang mana ia tidak bersegi dan lebih mudah dibentuk.
- Tidak ada sudut, jadi tidak ada titik lemah ketika berada dalam tekanan
Kekurangan:
- Tidak sesuai untuk jumlah yang banyak
- Apabila minuman dibungkus menggunakannya, hanya 70% sahaja kapasiti yang boleh diisi.
Jika tin minuman berbentuk kuboid:
Kelebihan:
- Mudah untuk disusun dan dikendalikan pada kuantiti yang besar.
- Tidak memerlukan sokongan untuk meletakkannya pada apa jua kedudukan.
Keburukan:
- Canggung untuk minum dari (titik kebolehgunaan).
- Memerlukan dinding tebal kerana apabila berlaku kemalangan, bucu yang tajam lebih cenderung untuk rosak dan kemik.
Jika tin minuman berbentuk silinder:
Kelebihan:
- Unsur kedua-dua bentuk kuboid dan sfera.
- 91% ruang pembungkusan yang digunakan untuk mengisi minuman atau produk.
- Bentuk bulat dapat mempertahankan dirinya di bawah tekanan kandungannya tidak kira sama ada tekanan ke dalam ataupun ke luar.
- Boleh dipegang dengan mudah.
Dengan ini, ia menunjukkan bahawa silinder adalah pilihan paling sesuai untuk dijadikan sebagai standard pembungkusan produk minuman. Silinder boleh menggabungkan kualiti terbaik dari bentuk sfera dan kuboid.