PUMA Melancarkan Barisan Kasut, Pakaian Dan Aksesori Dengan Rekaan Ikon Emoji 

Untuk koleksi terbaru dari PUMA, syarikat sukan ini dengan bekerjasama emoji® membawakan barisan kasut, pakaian dan aksesori dengan rekaan berbentuk bahasa digital iaitu emoji. 

Seperti yang kita ketahui, emoji sangat pesat digunakan oleh para pengguna sosial media dan golongan digital dalam meluahkan emosi secara digital dan universal. Kolaborasi PUMA X emoji® dibuat untuk menunjukkan cara kita berkomunikasi di dunia moden.

Untuk koleksi kali ini, ia membawakan rekaan dengan kombinasi warna terang, mewujudkan perasaan yang muda dan bersemangat. Koleksi ini merangkumi kasut, pakaian dan aksesori untuk kanak-kanak dan orang dewasa, yang membolehkan ekspresi diri yang bersemangat pada usia apa pun.

RS-2K X emoji® mempunyai bahagian cangkuk dan gelung pada tumit yang boleh ditanggalkan, dan ikon emoji ✌️, 😂 dan 🔥 yang juga boleh ditambahkan pada kasut. Kasut itu juga menampilkan mesej “What’s up?” yang dicetak pada vamp. RS-X³ X emoji® pula menyertakan emoji 👍🏻, 🤬 dan 🌩️.

Manakala, untuk PUMA X emoji® Tee dan PUMA X emoji® Hoodie pula tersedia dalam warna hitam, kelabu, dan kuning yang mana masing-masing menampilkan pelbagai ikon emoji® di bahagian depan dan belakang pakaian. Melengkapkan koleksi adalah PUMA X emoji® Sweatpants dalam warna kelabu dan hitam, menampilkan poket sisi dan belakang, manset tulang rusuk dan ikon emoji® di bahagian bawah kaki kanan.

Bagi yang berminat, koleksi ini ditawarkan bermula 11 September kelak di rangkaian kedai PUMA di PUMA KLCC, Sunway Pyramid, Pavilion, One Utama, The Gardens, IOI City, Queensbay Mall, Gurney Plaza Aeon Terbau City dan Atmos KL (Suria KLCC). Koleksi yang dibawakan ini berharga antara RM139 sehingga RM619.

Layari laman rasmi PUMA.com untuk lihat koleksi PUMA x emoji® yang lain.