Produk Apa Minggu Ini – Fenty Beauty Snap Shadow Mix & Match Eyeshadow Palette
Bagi anda yang mungkin sedang mencari palet pembayang mata atau eyeshadow palette dengan pilihan warna yang unik dan menarik, Fenty Beauty Snap Shadow Mix & Match adalah pilihan yang terbaik untuk minggu ini.
Untuk keluaran terbaru, palet ini hadir dengan dua variasi kumpulan warna baharu iaitu kumpulan warna merah jambu (Wine) dan kumpulan warna hijau (Money).
Di dalam setiap palet pembayang mata mini mudah alih ini, ia membawakan enam pilhan warna yang menarik yang juga boleh dicampur dalam pelbagai kemasan matte dan kemasan berkilau.
Anda boleh menggunakannya mereka secara solo atau pasangkan kedua-dua palet untuk menggandakan koleksi palet anda bagi mendapatkan 12 pilihan warna kegemaran anda.
Setiap palet mini 6-pan ini menyajikan kisah warna yang unik, dari warna yang terang, warna pastel dan warna yang lebih neutral yang sempurna untuk warna kulit anda. Untuk hasil yang terbaik, letakkan dahulu Pro Filt’r Amplifying Eye Primer sebelum anda mula menyolek mata anda.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan palet pembayang mata Snap Shadow pada harga RM110 di laman rasmi atas-talian Sephora atau di semua rangkaian kedai Sephora.