Ikuti Kaedah Ini Untuk Menentukan Wangian Lilin Yang Sesuai Untuk Ruangan Rumah Anda
Lilin wangi atau scented candles adalah kaedah terbaik untuk mewujudkan suasana yang berbeza di setiap ruangan rumah anda yang berasingan. Tetapi wangian mana yang paling sesuai untuk ruang-ruang yang tertentu? Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda cadangan untuk menentukan wangian yang boleh anda letakkan di segenap ruang kediaman anda.
Ruang Istirehat
Di ruang ini, pasti anda menginginkan wangian yang lebut dan santai. Ia juga haruslah halus dan tidak terlalu keras yang mana boleh memberikan kesan ketenangan sepanjang anda berada di ruangan tersebut.
Anda mungkin boleh meletakkan lilin wangi dengan pilihan wangian atau aroma seperti buah-buahan, bau seakan kayu ataupun anda juga boleh memilih wangian yang bau neutral yang boleh menghilangkan bau hapak dan kepam.
Beli: Lilin Wangi – Lilin+ Co Burnt Fig & Cassis
Beli: Lilin Wangi – Lilin+ Co Mimosa & Mandarin
Dapur
Dapur adalah ruang yang mempunyai paling banyak bau yang bercampur. Ia termasuk bau masakan, bau sinki, bau barangan dapur dan banyak lagi. Oleh itu, anda perlu mendapatkan wangian yang boleh meneutralkan aroma masakan. Sebagai contoh, selepas makan malam anda boleh meletakkan wangian latar belakang seperti aroma mint, herba dan vanila. Aroma yang lembut ini dapat menghilangkan bau bawang yang berlarutan.
Beli: Lilin Wangi – IKEA VÄLDOFT Scented candle in glass
Ruang makan
Semasa anda makan, anda tidak mahu mengelirukan pancaindera anda dengan meletakkan bau makanan yang sedap dengan aroma bunga. Tetap dengan lilin tanpa bau semasa makan, kemudian nyalakan sesuatu yang menyegarkan selepas itu atau keesokan harinya seperti aroma beri atau lavender.
Beli: Lilin Wangi – IKEA BLOMDOFT Scented block candle
Bilik Tidur
Tidak ada yang sebaik lavender jika anda ingin mewujudkan suasana yang tenang dan santai. Lilin lavender memberikan anda wangian yang bersih dan sederhana. Sekiranya anda ingin mewujudkan suasana romantis, aroma orkid juga sangat sesuai untuk diletakkan di bilik tidur anda.
Selain itu, anda juga menggunakan aroma seakan kayu untuk bilik tidur tetamu di rumah anda kerana wangian tersebut sangat menyegarkan dan akan membantu menghilangkan bau busuk. Walau bagaimanapun, meletakkan lilin wangi di bilik tidur kanak-kanak adalah tidak disyorkan.
Beli: Lilin Wangi – Cotton On Relatable Quote Candle In Peach Lime
Beli: Lilin Wangi – Lilin+ Co Sandalwood
Bilik mandi
Melati adalah iringan yang indah untuk mandi yang menenangkan. Sekiranya anda mempunyai masa untuk mandi yang lebih lama, nyalakan lilin untuk rasai pengalaman mandi yang lebih menyegarkan. Anda juga boleh memilih wangian yang anda guna untuk produk mandian anda untuk aroma yang lebih sekata.
Beli: Lilin Wangi – Yankee Candles Holiday Lights
Lilin wangi adalah cara yang sempurna untuk menambahkan haruman yang indah ke ruang kediaman anda. Malah ia juga mampu menutup bau yang tidak diingini. Terdapat pelbagai jenis lilin wangi yang tersedia untuk dibeli dalam beberapa jenis wangian. Untuk mendapatkan wangian yang anda ingini, anda boleh lawati mana-mana kedai lilin wangi berhampiran atau anda boleh layari laman rasmi kedai lilin yang anda ketahui.