Mengapa Ukuran Kasut Berbeza Mengikut Jenis Dan Jenama? Ini Adalah 3 Tips Membeli Kasut Secara Atas-Talian
Ada yang mengatakan bahawa saiz sandal atau selipar seharusnya tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Namun, membeli sandal yang ukurannya satu saiz lebih besar bukanlah satu idea yang buruk. Selipar anda tidak semestinya perlu betul-betul mengikut saiz kaki anda.
Apa yang dimaksudkan dengan satu saiz lebih besar? Kebiasaanya, untuk setiap pertambahan saiz, ia bersamaan dengan satu pecahan inci. Jadi, walaupun anda membeli satu saiz lebih besar, ia tidak bermakna anda membeli saiz yang terlalu besar. Hal ini kerana, satu saiz yang ditambah itu adalah untuk memastikan bahawa anda mempunyai ruang tambahan untuk kaki anda dan mencegah terjadinya jari kaki atau tumit overhang.
Namun, untuk setiap jenis jenama kasut, ia mempunyai ukuran kasut yang berbeza yang mana memerlukan anda untuk mencubanya terlebih dahulu sebelum mula membeli.
Mengapa Kasut Dari Pelbagai Jenama Mempunyai Saiz Yang Berbeza?
Untuk pengetahuan anda, semasa kasut atau selipar direka atau dibuat, ia mempunyai cirinya yang tersendiri yang mana untuk setiap rekaan ia akan memberi kesan kepada saiz kasut.
Tidak dinafikan juga, setiap orang mempunyai variasi dari segi bentuk kaki iaitu ada yang runcing di depan, ada juga mempunyai jari kaki yang besar atau panjang dan banyak lagi.
Aapabila sesebuah rekaan kasut itu dibuat, konsistensi dari segi saiz akan terkesan kerana akan sudut atau ciri pada kasut yang harus dipotong. Bukan itu sahaja, setiap jenama kasut juga mempunyai cara yang berbeza untuk menentukan penanda aras ukuran ini, yang membawa kepada variasi saiz kasut di dalam pasaran.
Sekiranya beberapa jenama kasut yang bersangkutan berlainan negara, ini juga akan mengubah ukuran paparannya. Kasut yang dibeli berdasarkan saiz kasut Amerika Syarikat akan menunjukkan ukuran US. Manakala jika anda membeli kasut dari UK atau bahagian lain di Eropah, ukuran paparan untuk US10 mungkin UK9.5, yang mana ia memerlukan anda untuk membuat pemeriksaan lebih dekat untuk mengenainya.
Jika anda berbelanja di kedai, ia mungkin tidak mempunyai sebarang masalah untuk memilih saiz yang bersesuaian. Namun, jika membeli secara atas-talian, bagaimanakah cara untuk memastikan saiz yang dibeli adalah saiz yang tepat?
Tips Membeli Kasut Secara Atas-Talian
- Ketahui panjang kaki. Ia adalah sangat penting untuk mengukur panjang kaki anda. Mengetahui berapa saiz kaki anda dalam sentimeter dapat membandingkannya dengan carta ukuran pengeluar. Ia sekaligus akan menjadikan anda lebih mudah untuk memesan kasut anda dengan ukuran yang tepat.
- Bentuk kasut dan kaki anda. Perhatikan model kasut yang anda pilih. Kasut dengan bahagian hadapan yang runcing harus dipilih dengan ukuran lebih besar kerana bentuk kasut itu sendiri sedikit lebih kecil. Sekiranya kaki anda lebar, kami mengesyorkan agar tidak memakai kasut atau sandal yang runcing dengan jahitan di bahagian paling lebar kaki anda.
- Ketahui rekaan kasut. Sekiranya anda mencari kasut sukan atau kasut dengan rekaan yang lebih tebal, pilih ukuran yang lebih besar kerana anda perlu mengambil kira tebal kusyen dan rekaan dalam kasut tersebut sebelum mula memberli.
Bagaimana Cara Untuk Mengukur Kaki?
Saiz kaki seseorang berubah dari masa ke masa. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk usia, kehamilan, kenaikan berat badan, pengekalan cecair, dan faktor lain. Itulah sebabnya selalu penting untuk mengukur kaki anda sebelum membeli kasut baru dalam talian. Anda boleh melakukannya dengan mudah di rumah.
- Cari kertas A4, pen dan pembaris.
- Letakkan kaki anda pada sehelai kertas.
- Pegang pen secara menegak, letakkan titik di hujung tumit anda dan di mana hujung kaki anda yang paling panjang.
- Ukur jarak antara dua titik dengan pembaris anda.
- Tentukan panjang kaki anda. Ukur dalam sentimeter.
- Cari ukuran yang paling hampir dengan saiz anda pada carta saiz pengeluar.
Ukuran kasut mungkin berbeza dari pengeluar ke pengeluar, jadi cukup mudah untuk mengetahui panjang kaki anda dalam sentimeter dan memeriksa carta ukuran tanda dagangan sebelum membeli kasut.