Carian
Pizza Hut EasyOrder- Pesanan Makanan Melalui Aplikasi WhatsApp Bermula 7 September Ini
September 4, 2020 Lina Rosli

Pizza Hut EasyOrder- Pesanan Makanan Melalui Aplikasi WhatsApp Bermula 7 September Ini

Pizza Hut Malaysia baru-baru ini telah melancarkan khidmat pesanan makanan melalui aplikasi WhatsApp yang dikenali sebagai Pizza Hut EasyOrder. Menerusinya, pengguna atau pelanggan tidak perlu memuat-turun aplikasi dan hanya perlu menghantar pesanan ke nombor WhatsApp khusus Pizza Hut Malaysia.

Menurut Pizza Hut, terdapat kira-kira 18 juta pengguna WhatsApp di Malaysia sekaligus menjadikan aplikasi WhatsApp sebagai antara yang terbesar penggunaannya oleh penduduk di negara ini. Oleh itu, dengan wujudnya sistem pemesanan melalui aplikasi WhatsApp pasti dapat melancarkan urusan pengguna dengan rangkaian perkhidmatan Pizza Hut di seluruh Malaysia.

Dengan pembukaan kedai atas-talian di WhatsApp, lebih ramai rakyat Malaysia kini dapat memesan piza dengan mudah dan menerima produk terus di hadapan pintu rumah mereka tanpa sebarang masalah. Bukan itu sahaja, masa juga dapat dijimatkan berbanding pesanan di laman web yang memerlukan beberapa konfigurasi untuk melakukan pesanan.

Dengan mengaktifkan pengesanan lokasi di WhatsApp, pelanggan hanya perlu menekan butang ‘share location’ apabila membuat pesanan. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk log in atau memasukkan alamat. Bagi anda yang ingin melakukan kiriman pesanan makanan, anda hanya perlu WhatsApp pesanan pizza di 016-7552525 bermula 7 September 2020. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi Pizza Hut Malaysia.

Komen