Resepi Skrub Bibir Buatan Sendiri- Menggunakan Bahan Dapur Di Rumah
Bibir merekah, bibir kering dan mungkin bibir pecah adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah apabila terdedah kepada sinar matahari dan kerap membasahkan bibir menggunakan air liur antara penyebab mengapa bibir hilang kelembapan sekaligus menyebabkan lebih kering.
Seperti bahagian kulit yang lain di badan anda, lapisan luar bibir adalah sangat rapuh dan rentan terhadap kehilangan kelembapan. Cuma kesannya akan lebih ketara. Tidak seperti kulit di tempat lain, bibir mempunyai kelenjar minyak yang sangat sedikit.
Jadi apa penyelesaiannya? Balsem bibir dan skrub bibir yang boleh membantu mengatasi masalah bibir merekah ini. Namun, kaedah ini sering dilupakan di dalam rutin penjagaan kulit dan boleh dikatakan memerlukan bajet yang lebih untuk mendapatkannya.
Cara lain untuk mengurangkan kos penjagaan kulit ini adalah dengan menyediakan dan menyiapkan bahan untuk skrub bibir buatan sendiri menggunakan bahan sedia ada di dapur seperti minyak kelapa, madu, dan gula.
Cara Penyediaan Skrub Bibir Menggunakan Gula
Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan bagi menyediakan skrub bibir menggunakan gula di dapur:
- 1 sudu teh minyak kelapa organik
- 1 sudu teh gula putih
- 1 sudu teh gula merah
- 1 sudu teh madu
- 1 sudu teh minyak Canola
Arahan penyediaan:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu mangkuk kecil. Kacau atau gaul sehingga ia sebati dan bercampur dengan sempurna.
2. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau sehingga ia keras.
3. Sapukan ke bibir menggunakan hujung jari anda, mengurut dengan gerakan bulat kecil. Anda disarankan untuk menggunakannya segera setelah dikeluarkan dari peti sejuk sebelum kristal gula larut.
Kelebihan Menggunakan Skrub Yang Diperbuat Daripada Bahan Di Rumah
1. Minyak kelapa merupakan bahan pelembab dan merupakan agen oklusi semula jadi.
2. Gula perang dan gula putih berupaya untuk menyingkirkan sel kulit mati tanpa memberikan kesan sampingan. Bukan itu sahaja, ia juga mencegah daripada penyakit kulit seperti psoriasis kerana ia mampu memberikan kelembapan yang berpanjangan pada bibir.
________________________________________________________________________
Berikut adalah cara penyediaan skrub bibir yang sesuai untuk anda yang mengalami masalah bibir merekah dan kering. Di harap dengan perkongsian ini, ia dapat memberikan anda panduan dari segi penyediaan dan juga kebaikan skrub sendiri untuk memulihkan masalah bibir yang dialami.
Start writing…