5 Jenama Yang Menampilkan Pakaian Sukan Untuk Muslimah
Adakah anda pernah mengalami kesulitan untuk bersukan disebabkan oleh tiada pakaian yang bersesuaian? Atau mungkin pakaian sukan lama anda sudah lama dan usang?
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda 5 jenama muslimah yang membawakan koleksi pakaian sukan mereka yang tersediri. Tidak kira untuk berlari, berbasikal mahupun berenang.
Cakenis
Baru-baru ini, Cakenis sebuah jenama tempatan yang diusahakan oleh seorang selebriti Malaysia, Hanis Zalikha, telah mengeluarkan koleksi pakaian renang untuk muslimah. Koleksi Cakenis Swimwear ini direka dan hadir dengan jenis fabrik yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, materialnya juga dikatakan sangat ringan dan mudah kering yang mana sesuai untuk melakukan aktiviti air atau sukan yang melibatkan pergerakan di dalam air.
Menarik mengenai produk ini juga, walaupun jenama ini ingin kekal trendy dan bergaya, namun Cakenis masih mengekalkan imej muslimah dengan menampilkan rekaan Flowy Chiffon Wrap sebagai pakaian luar yang boleh digayakan bersama atau secara berasingan untuk penampilan yang lebih kasual.

Ariani RTW
Sebelum Cakenis, Ariani juga pernah mengeluarkan beberapa koleksi pakaian sukan untuk muslimah di bawah siri Ariani RTW Activewear.
Bukan sekadar baju dan seluar, Ariani juga turut membawakan koleksi tudung yang sangat selesa untuk dipakai sewaktu bersukan dan beriadah.

Tudung People
Sudah pasti jenama ini sering menjadi pilhan kebanyakan hijabista dan muslimah. Tudung People juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan pakaian sukan untuk para wanita. Koleksi yang diperkenalkan oleh jenama ini adalah Najwa Sports.
Tudung sukan ini diperbuat dari kain jersi yang ringan dan penyerapan peluh yang baik sekaligus menjadikan anda lebih selesa untuk terus bergerak dan kekal aktif. Setiap Najwa Sport Hijab hadir dalam kantung yang berguna untuk disimpan dengan mudah.

Nashata
Jenama ini merupakan sebuah jenama global yang cukup popular dengan koleksi pakaian sukan untuk muslimah. Selain itu, ia juga hadir dengan koleksi untuk kanak-kanak.

Produk ini direka khas untuk tahan lama dan memberikan keselesaan dan ketangkasan semasa melakukan pergerakan fizikal. Kesemua produk Nashata diperbuat daripada kain ringan dan mudah bernafas untuk memberikan sokongan penuh kepada atlet. Nashata juga menyokong para wanita dan gadis muda untuk kekal aktif namun masih menampilkan imej yang sopan sewaktu bersukan.
Ryada Activewear
Seperti Nashata, Ryada Activewear juga merupaka sebuah jenama pakaian untuk wanita Muslim yang menginginkan pakaian yang memperagakan imej muslimah dan sesuai untuk bersenam. Jenama ini juga menawarkan tudung atau hijab untuk sukan, baju lengan panjang dengan rekaan seakan gaun pendek dan juga seluar skirt.

Berikut adalah beberapa jenama pakaian muslimah yang menampilkan koleksi pakaian yang sesuai untuk bersenam. Dengan adanya koleksi seperti ini, ia bukan sahaja memudahkan anda untuk kekal aktif, malah ia juga memberikan imej yang lebih sopan untuk para wanita sewaktu melakukan aktiviti sukan.