Carian
Ketahui Kesan Buruk Halia Jika Diambil Secara Berlebihan
September 6, 2020 Lina Rosli

Tidak dinafikan, halia adalah salah satu bahan masakan yang sangat popular dan kerap digunakan dalam masakan. Untuk pengetahuan anda, halia berasal dari akar tanaman yang banyak didapati di kawasan Asia yang beriklim panas seperti China, Jepun, dan India. Namun, jika di kawasan timur tengah telah mula menanamnya dan kini halia banyak digunakan sebagai ubat dan makanan.

Seperti yang anda ketahui, halia biasanya digunakan untuk mengubati loya dan muntah. Ia juga digunakan jika anda mempunyai kekejangan haid, osteoartritis, diabetes, sakit kepala migrain dan banyak lagi. Terbaru, halia turut digunakan sebagai wangian dalam sabun dan kosmetik.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam halia yang boleh kita perolehi, namun halia juga mempunyai beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi racun kepada badan.

3 Risiko Pengambilan Halia Secara Berlebihan

  1. Apabila disapukan pada kulit, halia boleh melegakan masalah kulit untuk jangka masa pendek. Namun, ia mungkin menyebabkan kerengsaan pada kulit bagi sesetengah orang.
  2. Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan gangguan pendarahan. Bukan itu sahaja, dos halia yang tinggi juga mungkin memburukkan lagi keadaan jantung.
  3. Diabetes. Halia boleh meningkatkan kadar insulin anda atau menurunkan gula darah anda. Oleh itu, anda mungkin perlu menyesuaikan ubat diabetes anda dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda perlu mengambil halia dalam rutin anda.

Menurut Pusat Nasional untuk Kesihatan Pelengkap dan Integratif, terdapat beberapa keburukan halia yang mana ia boleh mengganggu ubat penipisan darah. Bukan itu sahaja, individu yang minum air teh halia secara berlebihan juga mungkin mengalami kesan sampingan ringan, termasuk:

  • gas
  • sakit perut
  • cirit-birit
  • pedih ulu hati

Satu kajian yang menggunakan data dari 1,020 wanita di Amerika Syarikat, mengkaji keselamatan halia sewaktu tempoh kehamilan. Para penyelidik mendapati bahawa menggunakan halia semasa kehamilan untuk merawat mual dan muntah akan meningkatkan risiko:

  • kelahiran mati
  • kelahiran pramatang
  • kecacatan kelahiran

Walau bagaimanapun, kajian ini masih lagi di peringkat awal dan tidak ada bukti-bukti kukuh yang dapat mengesahkan keburukan halia. Sebaiknya, anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor sebelum minum air halia semasa hamil.

Sumber: WebMD, I Live Okay

Komen