Milani Melancarkan Barisan Produk Mata Terbaru – Untuk Solekan Mata Asas Yang Menawan
Bagi anda yang mungkin sedang mencari produk yang bersesuaian untuk solekan mata anda, Milani baru-baru ini telah hadir dengan tiga produk terbaru, iaitu Precision Brow Pencil, The Tank Eyeliner dan Waterproof One Mascara.
Untuk keluaran terbaru dari Milani, ia memfokuskan kepada solekan untuk mata yang mana sesuai untuk digayakan dalam rutin solekan norma baharu. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan penampilan solekan mata yang semula jadi, malah ia juga boleh memberikan imej yang lebih padu mengikut citarasa anda.
Precision Brow Pencil Kod #130 Dan #150
Untuk hasil kening yang sempurna, Precision Brow Pencil memudahkan anda untuk lakaran kening yang pelbagai. Ia juga hadir dengan dua pilihan warna iaitu Espresso dan Soft Brown.

Harga: RM48.40
The Tank Eyeliner
Celak mata ini mempunyai pigmen berwarna hitam yang tajam selain dapat meluncur dengan lancar sewaktu melukis celak di mata. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengering dengan cepat, selain kalis air dan bertahan sehingga 24 jam.

Harga RM52.50
The Waterproof One Mascara Kod #140
Untuk mendapatkan maskara yang selesa untuk dipakai adalah sukar. Waterproof One Mascara ini hadir dengan produk yang tidak berbau atau mengelupas. Malah untuk anda yang mungkin memiliki bulu mata yang pendek, maskara ini berfungsi untuk memanjangkan bulu mata tanpa gumpalan serta boleh mengangkat dan menaikkan bulu mata.

Harga: RM55.25
________________________________________________________________________
Dapatkan alis yang kelihatan semula jadi dengan Precision Brow Pencil dengan mudah. Sama ada anda menaikkan lengkungan anda, mengisi bahagian kening yang jarang, selain mempunyai hasil warna yang kuat dan menyatu dengan lancar untuk penampilan alis yang anda inginkan. Sejajarkan mata anda dengan The Tank Eyeliner yang kalis air dan tahan lama menjanjikan untuk penggunaan dan lakaran celak yang lancar. Akhir sehali, gunakan Waterproof One Mascara yang mempunyai formula bebas noda dengan polimer kalis air berfungsi untuk memanjangkan dan menguatkan setiap bulu mata.
Bagi yang berminat, ia boleh didapati secara eksklusif di kedai Watson terpilih dan laman atas-talian Watsons bermula 9 September 2020.