Carian
Skirt Merupakan Antara Pakaian Yang Tertua Dalam Sejarah 
September 7, 2020 Lina Rosli

Skirt Merupakan Antara Pakaian Yang Tertua Dalam Sejarah 

Tahukah anda bahawa skirt adalah antara pakaian tertua dalam sejarah fesyen? Jika kita lihat rekaan skirt itu sendiri telah mengalami banyak evolusi selari dengan peredaran zaman.

Pada awal zaman dahulu, skirt ini biasanya dihiasi dengan kain renda, dan mungkin juga dihasilkan menggunakan kulit binatang atau daun yang ditenun bersama dan kemudiannya dililitkan di pinggang.

Pemakaian skirt untuk lelaki dan wanita sebelum ini dikatakan menampilkan nilai-nilai kesopanan. Pemakaian skirt ini juga dilihat telah muncul sejak zaman purba terdahulu, yang boleh dilihat pada lakaran di kebanyakan peninggalan sejarah lama.

multicolored Egyptian painting

Menarik dalam sejarah penciptaan skirt, pada tahun 1985 pereka fesyen Perancis Jean-Paul Gaultier telah mencipta skirt pertamanya untuk lelaki. Gaultier telah melanggar kod sosial yang mana sering memperkenalkan skirt ke dalam koleksi pakaian lelaki untuk dijadikan sebagai trend baru dalam pakaian untuk lelaki. Antara koleksinya yang paling terkenal adalah skirt yang dilihat pada David Beckham.

Sejarah dan evolusi skirt

Di Sepanyol, model pertama skirt dijahit dengan logam atau gelung kayu untuk menjadikan ia kembang di bahagian pinggang dan ke bawah. Pada masa itu, bingkai skirt ini menjadi sebuah trend yang kemudiannya diperkenalkan di Jerman. Namun, trend ini pudar dalam abad ke-17, yang mana rekaan skirt digantikan dengan model seakan ekor atau bulu di sisi pada awal abad ke-18. 

Wikipedia : Top: Minoan statuette, 1600 BCE. Verdugada, c. 1470s Bottom: Farthingale, c. 1600. Hoop or pannier, 1750-80.

Seperti yang anda ketahui, fesyen selalu berubah berubah dari segi rekaan dan juga bahan yang digunakan. Abad ke-20 adalah masa eksperimen dan inovasi dalam banyak aspek masyarakat. Skirt pada waktu itu telah banyak berubah dengan pelbagai jenis dan panjang skirt. 

Three tiered tail-skirt {Miss Lottie would NOT wear this without another  skirt under it!} | Skirt inspiration, Cosplay dress, Fashion
Sumber: Pinterest

Pada tahun 1940-an, fesyen skirt menjadi lebih suram dengan sekatan untuk berhias dengan pakaian semasa Perang Dunia Kedua. Namun, pada tahun 1950-an, fesyen kembali menjadi lebih mewah, dengan kemunculan jenama Dior dalam industri fesyen barat. Pada akhir abad ini, memperkenalkan berbagai jenis jenis skirt yang diperkenalkan. Dari skirt hobble pada tahun 1910-an hingga skirt mini tahun 1960-an.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemakaian skirt tidak lagi terhad dan banyak baju yang boleh dipadankan bersama. Bukan itu sahaja, fesyen skirt ini telah mendapat perhatian ramai dan telah mula dipakai dengan pelbagai gaya untuk tampil lebih ranggi dan trendy. 

 

Komen