Kesan Tidur Dengan Lampu Terbuka – Menyebabkan Penambahan Berat Badan

Pasti ramai yang pernah tidur dengan keadaan lampu bilik terbuka, lebih-lebih lagi setelah pulang dari tempat kerja dan terus ke bilik tidur. Di situasi lain, adakalanya apabila anda telah merancang untuk menonton filem kegemaran anda di televisyen, namun anda terlena di pertengahan jalan.

Namun, tahukah anda apa impak yang akan dialami jika tidur dengan keadaan lampu terbuka? 

Menerusi penyelidikan yang dilakukan oleh JAMA Internal Medicine, tidur dengan lampu menyala atau TV di bilik tidur anda dapat membuat anda bertambah berat badan. Menurut doktor di Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar Kebangsaan Amerika Syarikat di Research Triangle Park juga, pendedahan cahaya buatan atau artificial light pada waktu malam boleh meningkatkan melatonin hormon tidur dan mengganggu kitaran tidur semula jadi.

turned on flat screen TV inside room

Bukan itu sahaja, cahaya ini juga boleh mengganggu variasi hormon stres dari hari ke hari dan mempengaruhi proses metabolik lain dengan cara yang menyumbang kepada kenaikan berat badan. Oleh itu, dengan mematikan cahaya ketika tidur mungkin merupakan alat yang berguna untuk mengurangkan kemungkinan kenaikan berat badan dan menjadi kelebihan berat badan atau gemuk.

Kaitan Cahaya Buatan Dengan Berat Badan

Wanita yang tidur dengan cahaya menyala 17% berkemungkinan besar akan meningkat sekitar 5 kilogram atau lebih dalam tempoh lima tahun. 

Mengapa hal ini boleh berlaku? Kekurangan dan gangguan tidur adalah faktor kenaikan berat badan dengan alasan emosi terganggu sehingga menyebabkan perubahan keseimbangan hormon. Namun, ada kemungkinan juga bahawa ia berkaitan dengan faktor lain, seperti kesunyian, kegelisahan atau beberapa bentuk masalah sosial.

black table lamp on nightstand

Apakah Kadar Cahaya Yang Bersesuaian Untuk Tidur?

Menurut kajian klinikal, cahaya atau lampu berwarna merah akan membantu anda untuk tidur lebih lena. Hal ini kerana, cahaya merah sangat sesuai untuk waktu malam kerana mempunyai suhu warna yang rendah yang mana jauh lebih rendah daripada cahaya matahari biasa.

Menarik mengenai cahaya ini juga, anda juga boleh relaks dan tenggalam dalam cahaya merah pada waktu malam tanpa membuat tubuh anda tersentak dan terjaga, yang mana tidak seperti cahaya biru. Oleh sebab itu, kebanyakan cahaya di televisyen, skrin laptop dan juga lampu putih akan membuatkan anda menghadapi masalah untuk terus lelap. Oleh itu dengan beralih ke cahaya merah semula jadi pada waktu malam, ia dapat membantu tubuh anda memasuki kitaran tidur dengan lebih semula jadi.

Jika Mengalami Migrain, Cahaya Merah Boleh Mengurangkan Rasa Sakit Kepala

Selain itu, penyelidikan perubatan juga menunjukkan peningkatan tidur dari terapi cahaya merah dalam pelbagai ujian klinikal. Penyelidikan 2018 dari Brazil baru-baru ini menilai kesan terapi cahaya merah dan rawatan lain pada pesakit yang mengalami sakit kepala migrain. Para penyelidik mendapati bahawa terapi cahaya merah bukan sahaja mengurangkan jumlah sakit kepala, tetapi juga satu-satunya rawatan yang meningkatkan gangguan tidur pesakit.

________________________________________________________________________

Sumber: Science Daily, Joovv