Bagaimanakah Cara Untuk Memasak Sayur Tanpa Mengurangkan Khasiat Semula Jadi?
Di dalam masakan, terdapat banyak kaedah dalam menyediakan sesuatu hidangan. Hidangan ini termasuklah sayur-sayuran. Seperti yang anda ketahui, sayur-sayuran mempunyai banyak sumber vitamin dan khasiat yang baik untuk badan.
Oleh itu, teknik dan kaedah memasak yang betul memainkan peranan yang penting dalam membendung dan mengawal sesuatu khasiat daripada hilang. Berikut adalah beberapa cara memasak sayur yang betul tanpa mengurangkan sumber nutrien yang hadir dalam setiap sayur-sayuran.
Kurangkan Penggunaan Air
Apabila anda memasak sayur di dalam air, anda akan kehilangan banyak nutrien di dalam sayur.
Bagaimana untuk mengetahui sayur-sayuran anda telah kehilangan warna hijau setelah anda merebus atau memasak brokoli anda? Jika air rebusan anda telah bertukar warna hijau, itu adalah petanda bahawa vitamin seperti C dan B telah keluar ke dalam air. Oleh itu, untuk mengekalkan vitamin ini, masak sayur-sayuran dalam air sesedikit kecuali jika anda merancang untuk menghirup air tersebut, seperti di dalam sup.
Ada yang mengatakan bahawa kaedah mengukus atau memanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro adalah lebih baik. Namun hakikatnya, ia akan memberikan hasil yang sama seperti mendidih atau memerah tetapi jumlah nutrien yang hilang adalah jauh lebih sedikit berbanding merebus.
Oleh itu, jika anda ingin mengempukkan sama ada kentang, ubi atau keladi, seharusnya anda perlu memanaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum melenyekkannya untuk dijadikan mashed potato.
Gunakan sedikit lemak
Makan sayur-sayuran kukus biasa mungkin adalah cara terbaik untuk mendapatkan diet yang sihat. Namun, ia adalah lebih baik jika anda makan sayur-sayuran dengan sedikit lemak. Banyak nutrien seperti beta karoten, vitamin D, dan vitamin K larut dalam lemak, yang mana ia akan masuk menerusi usus dan seterusnya dialirkan ke dalam darah kita dengan sedikit lemak untuk membawanya.
Oleh itu, masukkan sayuran kukus dengan sedikit cuka dan lemon atau tumis dengan minyak campuran untuk mendapatkan sedikit lemak yang membantu memaksimumkan penyerapan.
________________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa kaedah untuk memaksimakan penyerapan nutrien sayur ke dalam badan. Bahkan ia juga membantu mengurangkan pengeluaran khasiat-khasiat yang terkandung di dalam sayur.