Fenty Beauty Hadir Dengan Koleksi Mini Untuk Bibir Edisi Baru – Stunna Lip Paint Dan Gloss Bomb

Terbaru, Fenty Beauty kini hadir dengan koleksi baru untuk set mini untuk bibir. Jenama ini membawakan warna baru untuk koleksi Fenty Beauty Gloss Bomb dan juga Stunna Lip Paint.

Bagi anda yang meminati untuk mencuba perhiasan bibir yang menarik, ini adalah masanya! 

Koleksi Mini Gloss Bomb – Glossy Posse Edisi Holo’daze

Untuk keluaran kali ini, Fenty Beauty telah menambah empat warna kilauan bibir terbaru iaitu Cake Shake (kilauan bronze), Baby Brut (kilauan champagne), Taffy Tea$e (kilauan coral), dan Ruby Milk (kilauan fuschia).

Empat warna edisi terhad baru ni bukan sahaja mampu memberikan penampilan yang ekstra pada bibir anda, malah ia juga membawakan kesan ultra-wearable yang sesuai untuk semua warna kulit.

Dengan ini, bibir akan kelihatan lebih menyerlah dan lebih licin, dengan formula yang tidak melekit. Bukan itu sahaja, ia juga sangat berkilat dan mempunyai aroma seakan peach vanilla yang pastinya menarik hati anda.

Dapatkan koleksi Mini Gloss Bomb pada harga RM110 satu set.

Two Lil Stunnas – Mini Longwear Fluid Lip Color Duo

Dengan hadirnya Two Lil Stunnas Duo edisi terhad ini, bibir anda tidak lagi kusam dan tidak menarik. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaituUnmatched (deep cool red) dan Underrated (deep berry).

Dengan rekaan Stunna Lip Paint yang menarik ini, ia dapat memastikan ketepatan lip paint pada bibir sekaligus menjadikannya lebih mudah untuk dipakai. Ia juga membawakan kemasan pigmen matte lembut yang sangat ringan. Bukan itu sahaja, Stunna Lip Paint hadir dengan formula tahan lama, yang mana anda tidak perlu risau akan pengekalan warna lip paint sepanjang hari.

Dapatkan koleksi Two Lil Stunnas pada harga RM160 satu set.