Panduan Membeli Televisyen Untuk Rumah Anda
Apabila anda mencari atau ingin membeli televisyen pintar, pasti anda akan membuat tinjauan dan perbandingan antara jenama dan model yang ditawarkan di dalam pasaran. Kalau anda lihat, hampir semua jenama dan model menawarkan tahap fungsi dan ciri pintar yang yang sesuai mengikut pilihan tontonan anda.
Namun, apa yang penting dalam mendapatkan model yang terbaik untuk anda, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan seperti rekaan, saiz, kualiti gambar, kualiti audio, sokongan penyambungan fizikal dan juga ciri pintar yang menarik.
Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Televisyen
Resolusi Skrin 1080p, 4K atau 8K? Resolusi menerangkan jumlah pixel yang membentuk gambar pada paparan, yang dijelaskan dari segi baris mendatar dan lajur menegak. Lebih banyak pixel yang diterjemahkan ke dalam gambar yang lebih tajam yang mana akan memberikan perincian yang lebih baik.
Manfaat terbesar untuk televisyen dengan resolusi yang lebih besar adalah objek kecil di skrin mempunyai lebih banyak perincian. Ia termasuk juga paparan teks yang lebih tajam. Secara keseluruhan, gambar kelihatan lebih kaya dan lebih menyerupai kehidupan berbanding dengan resolusi yang kecil.
Paparan warna. Kebanyakan jenama menyokong spesifikasi minimum asas ini untuk keserasian HDR. Untuk tahun ini, penggunaan paparan “HDR10” atau “Ultra HD Premium” dilihat sudah semakin meningkat tahun ini.
Dolby Vision adalah versi HDR yang kerap digunakan oleh kebanyakan jenama. Ia dilihat telah menjadi standard dalam industri untuk kandungan HDR yang boleh didapati pada model premium dari kebanyakan jenama termasuk LG, Sony, TCL dan Vizio.
Untuk Samsung pula, jenama ini telah memperkenalkan format HDR premiumnya sendiri yang disebut HDR10 + untuk semua TV pintarnya.