DEVHub Prime, sebuah platform yang menghimpunkan komuniti pembangun web dengan sesuatu projek yang disediakan oleh pemain industri.

Dengan kerjasama bersama MARii (Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute), DEVHub telah melancarkan inisiatif yang memfokuskan untuk pembangunan yang melibatkan dataraya, kecerdasan buatan, teknologi swapandu, realiti-terimbuh serta sejumlah teknologi lain. Dengan adanya komuniti pembangun yang ditempatkan dalam satu platform, ia memudahkan sekaligus dapat menghubungkan tenaga pakar dan pemain industri ingin membangunkan projek pada sesuatu masa.

Selain DEVHub Prime, pihak MARii dan DEVHub juga dijangka akan hadir dengan DEVHub Academy untuk para pembangun menjalani sesi latihan bagi memenuhi keperluan industri untuk sesuatu projek atau pembangunan.Dengan ini, ia akan membolehkan syarikat permula teknologi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memperoleh bakat yang paling sesuai untuk projek masing-masing, sehingga mempercepat migrasi ke arah digitalisasi.

Penubuhan DEVhub Prime ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,600 pembangung teknologi tempatan yang ada dalam komuniti DEVHub Malaysia. Bagi anda yang berminat, anda boleh menghubungi DEVHub Prime di [email protected].

Lihat profil
Lina Rosli

591 artikel di Tajria.