Carian
Kenapa Pakaian Perlu Dicuci Untuk Tempoh Masa Yang Singkat?
September 11, 2020 Lina Rosli

Kenapa Pakaian Perlu Dicuci Untuk Tempoh Masa Yang Singkat?

Sekiranya anda bimbang tentang kesan pencucian terhadap alam sekitar, anda digalakkan untuk membasuh pakaian anda menggunakan air sejuk selain menggunakan tempoh masa kitaran yang singkat.

Dengan membasuh pakaian anda dengan air sejuk dan kitaran mencuci yang lebih pendek, anda bukan sahaja dapat membantu mengurangkan penumpukan mikrofiber tetapi juga memanjangkan jangka hayat pakaian dan mengurangkan kesan risiko pakaian pudar dan turun warna. 

four assorted pants and orange shirt hanging on gray cyclone wire fence

Menurut satu kajian baru juga, anda juga boleh mengurangkan jejak karbon anda dan menjimatkan wang dengan menggunakan langkah-langkah ini semasa mencuci pakaian.

Mencuci, mengeringkan dan menyeterika merangkumi sepertiga dari pelepasan karbon sepanjang hayat pakaian. Ada juga kajian menunjukkan pada tahun 2016, mencuci beban rata-rata 6 kg pakaian kain akrilik akan melepaskan 700,000 mikrofiber yang berbahaya. Jika ia dilepaskan ke sungai atau parit, ia akan mengancam nyawa hidupan air sekaligus membawa kepada pencemaran air. 

low-angle photography of hanging clothes outside house during daytime

Adakah Basuh Lebih Lama Membuatkan Pakaian Lebih Bersih?

Jawapannya tidak. Jumlah jam atau minit basuhan sama sekali tidak memberi kesan terhadap nilai kebersihan pakaian anda. Oleh sebab itum tahap pembersihan dengan menggunakan kitaran mencuci yang lebih pendek dan lebih sejuk adalah lebih digalakkan.

Air buangan yang dikeluarkan dari mesin basuh juga mengandungi pewarna dan bahan kimia yang digunakan dalam tekstil yang dapat mencemarkan aliran air dan memberi ancaman kepada flora dan fauna di dalam air. Pakaian yang pudar yang dibuang pula akan melepaskan metana gas yang merosakkan rumah hijau jika ia dilupuskan.

Kajian yang dilakukan di beberapa pusat dobi pakaian di Malaysia, ia menunjukkan bahawa untuk kitaran cepat dan sejuk tidak menampilkan tahap penurunan warna dan pemindahan pewarna di tshirt berbanding dengan kitaran mencuci yang lebih lama. Pelepasan gentian mikro juga jauh lebih rendah ketika tshirt dicuci dalam kitaran cepat sejuk.

Para penyelidik menyatakan bahawa serat selulosa, yang terdapat dalam bahan-bahan nabati seperti kapas, linen, dan rami akan berkembang dengan lebih cepat pada suhu air yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan air yang lebih sejuk. Ia sekaligus menyumbang kepada penghasilan mikrofiber yang buruk untuk alam sekitar.

Sumber: Science Direct

Komen