Adakah anda pernah memikirkan bagaimana kehidupan anda tanpa zip? Tidak dinafikan zip atau kancing sangat berguna untuk kehidupan. Ia digunakan pada pelbagai produk di seluruh dunia seperti jaket, baju, seluar, kasut, alatan berkhemah dan banyak lagi.

Zip memainkan peranan sangat penting. Ia bukan sahaja menghalang beg pakaian atau beg galas anda daripada menumpahkan isinya bahkan ia memastikan setiap produk lebih kemas.

Mengimbas Sejarah Penciptaan Zip Pada Tahun 1851

Tahukah anda bahawa zip dikeluarkan lebih dari satu bilion setiap tahun? Menurut sejarah pernciptaan zip, ia merupakan sebuah produk yang mengalami kegagalan beberapa kali yang mana berevolusi dengan pelbagai rekaan. Ia juga hadir dengan banyak perubahan nama sebelum dipanggil zip yang kini dikenali di seluruh dunia.

Rekaan zip pertama dihasilkan oleh Elias Howe yang merupakan seorang pencipta mesin jahit. Howe mendapat hak paten pada tahun 1851 yang membawakan misi untuk menutup atau mengancing sesuatu barangan sevara berterusan atau automatik. Walaupun ia merupakan satu idea yang baik, namun produk ini tidak diperluaskan. Howe meninggalkan ciptaannya untuk zip dan hanya fokus untuk mempromosikan mesin jahit.

Selepas lebih dari 40 tahun, terhasilnya satu lagi rekaan untuk zip. Whitcomb Judson menambahbaik idea Howe dan mula memasarkannya sebagai “Clasp Locker”. Ia pertama kali diperkenalkan di Pameran Dunia 1893 di Chicago namun tidak mendapat sambutan yang baik.

Dalam pada masa yang sama, pada tahun 1890 Max Wolff dari Moscow mencipta zip yang giginya dibuat dari bentuk spiral tetapi kerana teknologi yang tidak mencukupi pada masa itu jenis zip itu tidak muncul di pasaran sehingga tahun 1950-an.

Evolusi Rekaan Zip – Dua Baris Gigi Yang Saling Bersambung 

Ritsleting moden akhirnya dirancang pada tahun 1913 oleh Gideon Sundback, yang bekerja di Syarikat Pengikat Universal di Hoboken, New Jersey. Dia mendapat hak paten untuk “Separable Fastener” pada tahun 1917.

Untuk zip moden yang kita lihat di kebanyakan produk dan barangan yang ada di pasaran pada masa kini adalah hasil dari rekaan jurutera elektrik Gideon Sundback pada tahun 1906. Beliau merupakan ketua pereka yang mencipta zip pada tahun 1913.

Rekaan yang dihasilkan Sundback meningkatkan bilangan elemen pengikat dan merangkumi dua baris gigi yang saling bersambung yang akan disatukan dengan bantuan slider. Rekaannya adalah pengikat pertama yang mendapat sambutan ramai pihak.

Pada awalnya, zip ini digunakan terutamanya pada but dan kantung. Selepas 20 tahun penciptaan zip ini, industri fesyen telah mula menggunakan zip pada pakaian. Kegunaannya kini telah berubah yang mana kini menggantikan butang pada seluar lelaki dengan ritsleting.

Istilah ‘zip’ dikatakan berasal dari bunyi ‘zip’ yang diciptakan oleh Syarikat B. F. Goodrich iaitu sebuah syarikat aeroangkasa pada tahun 1923. Manakala, jenama pertama yang menggunakan zip adalah Schott NYC dengan jaket kulit. Ia mula diperkenalkan secara umum dalam industri pakaian pada tahun 1925.