Carian
7 Cara Untuk Menjadikan Makanan Laut Lama Lebih Segar
September 13, 2020 Lina Rosli

7 Cara Untuk Menjadikan Makanan Laut Lama Lebih Segar

Tidak dinafikan, makanan laut segar yang tidak segar kebiasaannya akan mempunyai bau hanyir atau amis yang kuat berbanding yang segar. 

Jadi, mengapa makanan laut lebih-lebih lagi ikan mempunyai bau yang tidak menyenangkan itu? Jawapannya adalah disebabkan terdapat dalam bahan kimia yang disebut trimethylamine oxide yang mula terurai sebaik sahaja ikan ditangkap dan terkena udara. 

seafoods on round white plate during daytime

Jadi, bagaimanakah cara untuk menghilangkan bau hanyir pada makanan laut?

Serbuk Kunyit

Salah satu cara untuk mengilangkan bau hanyir adalah dengan memerap atau menyalut dengan serbuk kunyit. KAedah ini kebiasaannya dilakukan ketika memasak ikan yang tidak lagi segar. Anda juga boleh mencampurkannya dengan ajinomoto untuk memberikan rasa segar kembali.

Cuka

Campurkan cuka dengan air tawar dan rendam ikan yang telah dibersihkan di dalamnya selama kira-kira lima minit. Kemudian, bilas dan keringkan dengan tuala kertas sebelum diperap atau dimasak.

Susu

Rendam ikan dalam susu selama 10 hingga 20 minit dan bilas selepas itu untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Casein, protein yang terdapat dalam susu, akan mengikat trimethylamine dan membiarkan makanan laut anda berbau segar seperti biasa. Biarkannya direndam selama 20 minit atau lebih, sebelum mula memasak.

Lemon

Lemon berfungsi sama seperti cuka. Taburkan sedikit jus lemon segar ke atas makanan laut anda yang telah dibersihkan dan biarkan selama beberapa minit. Apabila dicampurkan dengan asid seperti asid sitrik dalam jus lemon, mereka bertindak balas dan membentuk garam amina. Garam amina tidak mempunyai bau atau rasa. Dengan cara itu anda dapat menikmati ikan anda, tanpa merasa terlalu hanyir dan berbau mual.

Garam

Garam berfungsi paling baik dengan ikan. Setelah selesai membersihkan ikan, gosokkan garam ke atas ikan dan biarkan selama 5 minit. Kemudian, basuh garam. Ini membantu mengurangkan bau amis pada ikan sebelum dimasak.

Halia

Selain menambah rasa pada hidangan makanan anda, halia juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Hancurkan halia dan gosokkannya ke atas makanan laut dan biarkan selama lebih kurang 30 minit sebelum memasaknya.

Basuh dengan air sejuk

Jika makanan laut anda sudah lama dan mula berbau, bilas dengan cepat dalam air sejuk dan bukan air panas. Ia akan menghilangkan sebahagian besar bakteria dan trimethylamine.

_________________________________________________________

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda praktikkan sebelum mula memasak makanan laut yang tidak lagi segar. Di harap perkongsian ini dapat membantu anda memasak dengan lebih mudah dan efisien. Selamat mencuba!

Komen