Bolehkah Coklat Membuat Anda Kekal Berjaga Atau Ia Mempengaruhi Corak Tidur?
Coklat ini sering didefinisikan sebagai snek atau makanan yang menggemukkan. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa fungsi coklat yang lain? Antaranya termasuk memberikan tenaga kepada badan jika diambil pada kuantiti yang sepatutnya.
Seperti yang ramai ketahui, coklat mengandungi kafein tetapi dalam jumlah yang berbeza-beza bergantung pada jenisnya. Sebagai contoh, bar coklat susu Hershey 1.5-ounce mengandungi 9mg kafein, kira-kira tiga kali lebih banyak kafein daripada secawan kopi tanpa kafein. Sementara bar coklat gelap Hershey pula mempunyai kira-kira 30mg.
Mengapa Coklat Boleh Membuat Anda Kekal Berjaga?
Coklat mengandungi bahan yang dinamakan theobromine yang meningkatkan kadar denyutan jantung. Oleh sebab itu, ia mengakibatkan anda sukar untuk tidur dan kekal bertenaga. Coklat yang memberikan kesan seperti ini adalah coklat gelap. Menurut National Sleep Foundation, mereka mengesyorkan untuk tidak mengambil coklat, kopi, teh dan minuman ringan sebelum tidur.
Walau bagaimanapun, coklat putih tidak mengandungi theobromine dan hanya mempunyai sedikit kafein sahaja.
Adakah Bar Coklat Mempengaruhi Corak Tidur Anda?
Jawapannya tidak. Tidur anda mungkin akan terganggu untuk satu hari sahaja, ia tidak memberikan kesan jangka masa panjang. Namun, Untuk membantu mengurangkan skala insomnia apabila digabungkan dengan makanan dan minuman berkafein yang bernilai sehari.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk tidur, elakkan mengambil coklat kopi sebelum tidur. Seeloknya anda boleh menggantikan coklat dengan susu. Susu boleh membantu mendorong tidur, selain mengandungi melatonin, hormon yang mengatur kitaran tidur dan bangun seseorang individu.
Namun, bagi anda yang ingin kekal berjaga pada waktu malam, maka coklat gelap adalah pilihan yang terbaik. Semakin tingggi kegelapan coklat, semakin banyak kafein yang terkandung.