#ItStartsOnTikTok Kempen Yang Mengukuhkan Pembudayaan Dalam Komuniti Di Malaysia

Seperti yang anda sedia maklum, TikTok merupakan aplikasi video pendek yang hadir dengan misi untuk menginspirasi kreativiti dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Baru-baru ini, TikTok telah melancarkan kempen #ItStartsOnTikTok pada 15 September 2020. Kempen ini dilaksanakan bagi meraikan trend, cerita, lagu dan perbualan yang bermula di TikTok yang mana telah memberikan kesan budaya dan sosial di dalam dan di luar platform. Menerusinya, TikTok berperanan sebagai platform di mana budaya dicipta dan dikomersilkan.

Tidak dinafikan, TikTok telah berkembang menjadi platform yang memberi inspirasi yang positif dan berguna untuk meningkatkan kreativiti dalam menyediakan kandungan yang bermanfaat. Kempen ini meliputi setiap aspek budaya, dari seni hingga makanan, kecantikan, fesyen dan filem.

Bagi yang berminat, anda boleh mengikuti dan menyertai kempen ini dengan merakam detik-detik berharga yang dikongsi bersama keluarga dan rakan, atau mencari komuniti anda sendiri. Muat turun atau buka aplikasi TikTok sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen #ItStartsOnTikTok hari ini!