Carian
Kaca Mata Hitam Dahulunya Dicipta Untuk Para Hakim Menyoal Siasat Tertuduh
September 16, 2020 Lina Rosli

Kaca Mata Hitam Dahulunya Dicipta Untuk Para Hakim Menyoal Siasat Tertuduh

Jika kita lihat, kaca mata hitam kini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ia digunakan untuk menghalang mata anda dari terkena pantulan sinar UV dan juga untuk memperbaiki masalah penglihatan.

Namun tahukah anda, sewaktu awal penciptaannya ia tidak digunakan untuk tujuan tersebut? Hal ini kerana, pada zaman tersebut kaca mata ini dibuat tanpa menggunakan sebarang elemen yang berupaya untuk melindungi mata pengguna seperti kanta yang boleh menyerap cahaya UV atau kanta yang hadir dengan penyalut khas.

Asal Usul Kaca Mata Hitam

Kaca mata hitam pertama diciptakan pada abad ke-12 di China. Ia adalah sebuah produk yang dibuat untuk menyekat cahaya matahari. 

Namun, kaca mata hitam primitif ini sebenarnya telah digunapakai oleh Inuit (kumpulan penduduk asli yang menghuni di kawasan Artik Greenland, Kanada dan Alaska. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga Eskimo) sejak zaman prasejarah, lagi. Ia direka menggunakan gading walrus dengan melakukan satu garis lurus di bahagian mata yang membantu mengurangkan rabun salji.

Sumber: Wikipedia

Orang Cina membuat sedikit penambahbaikan terhadap model Inuit pada abad ke-12. Ia digunakan untuk menyembunyikan ekspresi wajah hakim di mahkamah ketika menyoal siasat tertuduh. Sekitar tahun 1430, kaca mata hitam ini diperkenalkan ke Itali melalui orang Cina.

Pada pertengahan 1700-an, seorang pakar optik London mula bereksperimen dengan lensa berwarna hijau yang mana ia bertujuan untuk menambah fungsi perlindungan mata pada kaca mata tersebut. Ia berlarutan sehingga pada abad ke-18, James Ayscough juga turut bereksperimen dengan warna lensa bagi memulihkan penglihatan bagi mereka yang memiliki masalah penglihatan mata. Mengapa hijau? Hal ini disebabkan hijau adalah warna terbaik untuk melindungi mata anda dari sinar matahari. 

Foster Grant – Jenama Pertama Kaca Mata Hitam

Kaca mata hitam jenis moden muncul pada abad ke-20 dan menjadi sangat popular ketika bintang Hollywood mula menggunakannya untuk melindungi mata mereka dari lampu studio yang terang.

In 1929, Sam Foster, founder of the Foster Grant company sold the first  pair of Foster Grant sunglasses on the Boardwalk in Atlantic City, NJ.… |  サングラス, スージー, ディオール
Pinterest

Pada tahun 1929, Sam Foster, pengasas Foster Grant of Atlantic City merupakan jenama pertama yang mula mengeluarkan kaca mata hitam. Beliau menjual sepasang kaca mata hitam Foster Grant pertama di Boardwalk di Atlantic City pada tahun 1929. Dalam masa satu tahun, ia berjaya diperluaskan kepada orang ramai.

Kemudiannya pada tahun 1930, Army Air Corps menugaskan firma optik Bausch & Lomb untuk membuat kaca mata yang berkesan untuk melindungi juruterbang dari silau ketinggian tinggi. Ahli fizik dan pakar optik syarikat menyempurnakan warna hijau gelap khas yang menyerap cahaya di jalur kuning spektrum.

Pada tahun 1936, penapis Polaroid telah dicipta oleh Edwin H. Land yang merupakan pengasas Polaroid Corporation. Menerusinya, ia membolehkan kaca mata melindungi mata dari sinar UV yang berbahaya untuk pertama kalinya.

Komen