Masak Mengikut Arahan Resepi Di Buku – Bagaimana Untuk Menjamin Keenakannya?
Untuk sesetengah hidangan yang kurang biasa, pasti anda akan melakukan carian resepi sama ada di Google ataupun buku resepi yang ada. Namun, anda pasti tidak konfiden sama ada resepi yang dinyatakan atau digunakan adalah resepi yang terbaik.
Oleh itu, bagi memastikan hidangan atau masakan anda tidak rosak akibatnya, Tajria akan berkongsi kepada anda tips dan langkah yang boleh dipraktikkan sewaktu memasak hidangan baru menggunakan resepi yang dicari di laman web atau buku.
Baca resepi dari awal hingga akhir
Anda digalakkan untuk membaca resepi dari awal sehingga akhir termasuk nota ringkas yang ditulis sebelum mula memasak. Hal ini kerana, ia boleh mengelakkan daripada anda terlepas pandang arahan atau bahagian penting dalam masakan. Ia merupakan langkah yang sering diabaikan oleh orang ramai.
Lakukan carian untuk perkara yang anda tidak tahu di Google
Sekirnya anda terlihat teknik yang anda tidak biasa di buku resepi atau mana-mana perkataan yang anda tidak faham, luangkan sedikit masa untuk mencarinya. Sekiranya ia adalah teknik memasak, anda mungkin perlu melihat video tutorial pendek yang menunjukkan kepada anda bagaimana sebenarnya ia dilakukan.
Perhatikan dan fahami ramuan disenaraikan
Jika di dalam resepi menggunakan “1/2 cawan tepung gandum, dibahagi”. dalam konteks ini “dibahagi” disenaraikan selepas ramuan, ini bermaksud jumlah yang disenaraikan adalah jumlah keseluruhan yang digunakan dalam resipi, tetapi anda akan menggunakan sebahagian daripada jumlah itu dalam satu langkah, dan selebihnya kemudian.
Sebagai contoh, anda mungkin perlu mengaduk 1/4 cawan tepung gandum ke dalam adunan muffin dan menggunakan baki 1/4 cawan untuk taburkan di atas kemudian.
Penunjukan penting lain adalah penempatan kata-kata seperti “dicincang” atau “potong dadu”. Sekiranya ramuan disenaraikan sebagai “1 cawan walnut dicincang” itu bermaksud anda mengukur satu cawan kacang yang sudah dicincang. Sekiranya disenaraikan sebagai “1 cawan walnut, cincang” ini bermakna anda mengukur 1 cawan kacang walnut dan dicincang selepas ditimbang.
Baca ulasan terlebih dahulu
Hampir setiap laman web dan blog resipi mempunyai ulasan yang boleh dikatakan sangat membantu. Perhatikan dan baca ulasan yang telah diberikan. Dengan ini, ia membantu anda menilai sama ada resepi ini akan berjaya atau sebaliknya.
Gunakan semua deria anda
Sebilangan besar resipi menunjukkan masa dan suhu memasak untuk setiap langkah, tetapi selalu bijak untuk menggunakan akal anda untuk memberitahu anda sama ada anda perlu menambah suhu sewaktu menumis atau mengurangkan suhu jika ia kelihatan hampir hangus.
Hal ini kerana, masa dan suhu adalah pemboleh ubah sewaktu memasak. Lain dapur mempunyai panas api yang berbeza. Faktor-faktor lain seperti periuk, kuali, dapur gas dan juga kehalusan bahan masakan juga perlu diambil kira. Menggunakan pancaindera anda membantu anda benar-benar memahami apa yang sedang berlaku semasa anda memasak dan akan membina intuisi anda.