Carian
Usaha Membantu Masyarakat Orang Asli – Coway Menyediakan Bekalan Air Bersih
September 17, 2020 Lina Rosli

Usaha Membantu Masyarakat Orang Asli – Coway Menyediakan Bekalan Air Bersih

Kampung Terubing 2 di Pahang tidak mempunyai bekalan air paip mahupun elektrik yang baik. Penduduk di kampung tersebut perlu membawa 16 baldi air setiap hari dari perigi ke kampung untuk kegunaan keluarga mereka. Hal ini kerana, air bawah tanah tersebut sangat berbau dan meloyakan. Inilah realiti menyedihkan yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 53% komuniti Orang Asli tidak mempunyai akses kepada air paip yang bersih. Ini mengakibatkan ramai masyarakat Orang Asli berisiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang merebak melalui air.

Menyedari air bersih sebagai hak asasi manusia, kerajaan dan sektor awam Malaysia komited untuk meneruskan usaha memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada keperluan asas ini. Tidak ketinggalan, Coway turut hadir dengan usaha untuk membantu masyarakat di sana. Sejak 2017, inisiatif CSR Coway Malaysia iaitu Happy Water Project telah menjadi oasis bagi masyarakat Orang Asli di negara ini. Coway merupakan sebuah syarikat penulen air yang pertama dalam memulakan usaha komuniti jangka panjang seperti itu.

Menjelang akhir tahun 2020, Happy Water Project Coway dijangka akan memberikan manfaat kepada kira-kira 700 keluarga Orang Asli dan turut menyasarkan lebih 1,000 keluarga Orang Asli diberi akses kepada air bersih pada akhir 2021.

Selain itu, Coway Malaysia telah bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Global Malaysia (Global Peace Foundation), dan memberikan setiap orang asli latihan mengenai Air, Pembersihan dan Kebersihan (WASH) secara tiga tahun berturut-turut. Program ini merangkumi aktiviti untuk mempromosikan cara pencucian tangan dan pemberusan gigi yang betul serta pemakanan yang sihat.

Orang ramai juga boleh menyumbang kepada Happy Water Project dengan menyertai Larian Maya Coway bertema ‘Change The Game’, yang dijadualkan bermula dari 1 November hingga 29 November tahun ini. RM10 daripada yuran pendaftaran setiap peserta akan disumbangkan kepada Happy Water Project. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Coway dan daftar di Coway Virtual Run untuk menyumbang kepada usaha ini.

 

Komen