Asal Usul Mi – Dari Mana Mi Berasal, China Atau Eropah?
Sudah lebih 4000 tahun selepas mi yang pertama dihasilkan. Ia dijumpai di China yang dihidangkan dalam salah satu makan yang popular di dunia. Jika kita lihat pada masa ini, terdapat pelbagai hidangan berasaskan mi telah diperkenalkan dan dipopularkan.
Mi kuning ini telah menjadi sebahagian daripada makanan ruji masyarakat di Asia. Mi kuning ini umumnya dibuat dari tepung gandum, tepung beras, atau pati kacang hijau. Untuk Mi kuning gandum, ia lebih banyak dihasilkan dan dimakan di utara China, sementara mi beras lebih khas di selatan China.
Mi Yang Terawal Dijumpai – Dalam Mangkuk Tertutup Di Tapak Arkeologi Lajia
Menurut artikel di beberapa laman web, mi yang pertama dijumpai adalah yang diawet dan diletakkan di dalam mangkuk tertutup yang terbalik di tapak arkeologi Lajia di barat laut China. Mangkuk itu ditanam di bawah sedimen sepuluh kaki.
Sebelum penemuan mi di laman arkeologi Lajia, catatan mi paling awal muncul dalam sebuah buku yang ditulis semasa Dinasti Han Timur China pada sekitar tahun 25 dan 220 M., kata Lu.
Teori lain menunjukkan bahawa mi pertama kali dibuat di Timur Tengah dan diperkenalkan ke Itali oleh orang Arab. Ia dikatakan mi ini yang pertama kali ditemui di perlabuhan laut Genoa pada tahun 1279 yang lebih dikenali sebagai pasta.
Mi Diperbuat Dari Dua Jenis Millet
Houyuan Lu dari Institut Geologi dan Geofizik di Akademi Sains Cina Beijing melaporkan yang mana para saintis menentukan bahawa mi dibuat dari dua jenis millet iaitu bijirin dan gandum. Millet merupakan sekoi atau sebiji bijirin asli yang berasal dari Asia dan Afrika. China dilihat telah menanamnya secara meluas sejak 7,000 tahun yang lalu. Mi yang dicipta oleh Amerika Utara dan Eropah moden pula biasanya dihasilkan menggunakan gandum.
Walaupun bukti arkeologi menunjukkan gandum terdapat di China 4.000 tahun yang lalu, ia tidak ditanam secara meluas lagi pada ketika itu.
Terdapat beribu-ribu jenis mi di China, yang berbeza dari segi bentuk mi, cara hidangan dan sebagainya. Jika kita lihat, mi kini telah diterima oleh orang-orang dari seluruh dunia. Revolusi industri dan perkembangan industri makanan merealisasikan peralihan dari industri kraftangan tradisional ke pengeluaran besar-besaran menggunakan mesin. Di samping itu, penemuan mi segera dan pengeluaran besar-besarannya juga banyak mengubah industri mi.
Sumber: National Geographics , Today I Found Out