Tidak dinafikan bahawa tidur di dalam kereta adalah salah satu alternatif yang fleksibel untuk anda berhenti dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan yang jauh. Namun, walaupun ia merupakan langkah yang mudah dan murah, ia boleh mendatangkan kesan yang negatif dan berbahaya jika berhenti untuk tempoh yang lama.
Jadi, semasa anda tidur di dalam kereta, anda perlu mempertimbangkan keselamatan persekitaran, lebih-lebih lagi jika anda memandu bersendirian. Oleh itu, Tajria ingin berkongsi kepada anda 5 petua yang boleh anda praktikkan jika hendak tidur di dalam kereta.
Jika anda lihat sekarang, terdapat banyak kes atau tragedi maut yang berlaku di kebanyakan hentian rehat atau di tepi jalan kesan daripada melelapkan mata apabila terasa letih.
Pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan. Kemudian, peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
Oleh itu, dengan adanya sensor karbon monoksida ini, ia boleh bertindak sebagai penggera sewaktu anda tidur.
Sebilangan besar penggera karbon monoksida yang dijual hari ini cukup kecil untuk masuk ke dalam kenderaan anda dan cukup sensitif untuk mengenali gas dan memberi amaran kepada anda tentang kehadirannya. Penggera mungkin agak kuat di dalam kereta anda, tetapi ia berupaya untuk mengetahui bila anda berisiko untuk lemas sekiranya paras karbon monoksida semakin meningkat.
Terdapat dua jenis penggera yang boleh anda gunakan, sama ada sensor dengan bateri atau sensor tanpa bateri.
Jika anda ingin membeli penggera ini, disarankan untuk anda mencari produk yang menyertakan adapter untuk disambungkan ke adapter kereta anda. Ia untuk menjamin kesesuaiannya sekaligus membantu mengesan gas karbon monoksida dengan lebih berkesan.