Resepi Ayam Salut Telur Masin – Dihidangkan Tanpa Kuah
Hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda idea untuk resepi makan malam yang boleh anda cuba.
Bagi anda yang mungkin masih dalam dilema, lauk apa yang boleh dimasak menggunakan dada ayam, anda mungin boleh mencuba Ayam Salut Salted Egg. Jika anda bukan penggemar lauk yang agak buttery, pilihan hidangan ini adalah idea yang tepat.
Sebelum itu, untuk lauk telur masin ini, saya menggunakan serbuk telur masin jenama Bestari. Dengan ini, ia bukan sahaja mudah untuk dihidangkan malah ia juga membantu menjimatkan masa sewaktu tempoh penyediaan.

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara penyediaan yang boleh dijadikan sebagai panduan.
Bahan-bahan
- 2 ketul dada atau isi ayam – dipotong kecil
- Tepung bestari pedas
- Tepung bestari telur masin
- Daun kari
- Cili api
- 2 ulas bawang putih – dititik
- 1 biji bawang merah – dihiris halus
- 1 biji telur

Cara Penyediaan
1. Sediakan tepung bestari dan tepung telur masin di dalam satu bekas. Pecahkan telur dan letakkan di dalam mangkuk kecil.
2. Salut dada ayam telah dipotong dengan telur dan kemudian gaulkan ayam tersebut dengan tepung bestari.
3. Panaskan minyak dan biarkan seketika. Apabila sudah panas, goreng ayam sampai masak. Pastikan ia rangup sebelum diangkat.
4. Di kuali yang lain, tumis daun kari dan masukkan kesemua bawang putih, bawang merah dan cili api.

5. Jika sudah naik bau dan sedikit garing, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan ia hingga sebati.
6. Masukkan satu sudu tepung telur masin dan gaulkan pada ayam. Biarkan selama dua minit dan hidangan makan malam anda telah siap. Selamat mencuba!