Kotak Tisu Edisi Khas Oleh Kleenex – Kolaborasi Bersama Datuk Lat

Baru-baru ini, Kleenex telah hadir dengan rekaan kotak tisu yang menarik dan unik. Ia membawakan ilustrasi yang menggambarkan kerharmonian dan kebaikan di negara Malaysia.

Menerusi kerjasama bersama kartunis ikonik negara, Datuk Lat ia mengembalikan semula nostalgia pada suatu masa dahulu menerusi hasil seni. Ia juga sekaligus memberikan penghormatan terhadap semangat rakyat Malaysia yang diekspresikan daripada kaca mata Datuk Lat.

Pelancaran kotak tisu edisi terhad ini adalah bersempena kempen #SoftIsStrong Kleenex yang menggalakkan segenap rakyat Malaysia untuk menerima sisi lembut dalam diri mereka dengan berbuat baik kepada keluarga, rakan-rakan serta jiran mereka. Ia diinspirasikan oleh kelembutan tisu muka Kleenex dan keteguhan semangat rakyat Malaysia seperti yang digambarkan oleh ilustrasi Datuk Lat.

Sebagai sebuah negara yang mendepani ketidaktentuan dalam persekitaran semasa yang mencabar, kebanyakan isu yang dihadapi rakyat negara ini boleh diatasi dengan berbuat baik di antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, lukisan juga bertindak sebagai satu saluran untuk mengingatkan kepelbagaian, kekuatan dan semangat perpaduan yang ada kepada rakyat negara ini. 

Menerusi pelancaran kotak tisu Kleenex edisi khas dan kempen #SoftIsStrong, Kleenex menjemput rakyat Malaysia untuk berbuat baik antara satu sama lain dengan harapan membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu-padu. Produk istimewa ini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan platform e-dagang utama di seluruh negara mulai September 2020.