5 Kesan Tekanan Pada Tubuh Badan Anda
Pernahkah anda terperangkap di dalam kesesakan trafik untuk tempoh yang lama sewaktu pulang dari kerja? Atau pesanan makanan yang anda minta tiba lambat? Mungkin juga, dokumen penting yang perlu dibentangkan kepada klien hilang 10 minit sebelum perbincangan bermula?
Jika ya, apakah yang anda rasa apabila berlaku perkara tersebut? Untuk pengetahuan anda, ketika berlaku sedemikian, hormon stress akan meningkat dan mencetuskan tindak balas yang tertentu kepada badan anda. Antara yang mungkin berlaku termasuk jantung anda berdegup kencang, nafas anda semakin pantas, dan otot anda bersedia untuk beraksi.
Respons ini dirancang untuk melindungi tubuh anda dalam keadaan kecemasan dengan mempersiapkan anda untuk bertindak balas dengan cepat. Tetapi apabila tindak balas tekanan terus membara, hari demi hari, ini boleh membahayakan kesihatan anda.
Bagaimana Tekanan Mempengaruhi Kesihatan?
Tubuh manusia dirancang untuk mengalami tekanan dan bertindak balas terhadapnya. Tekanan boleh menjadi sesuatu yang positif “eustress”. Sebagai contoh, apabila anda hendak memenangi acara lumba lari, anda akan bersiap sedia dengan segala latihan dan penjagaan diri sebagai persiapan untuk memenangi acara tersebut.
Namun, tekanan akan menjadi negatif jika seseorang menghadapi cabaran berterusan tanpa kelegaan atau kelonggaran antara cabaran. Akibatnya, orang itu menjadi terlalu banyak tekanan dan masalah yang baru mula timbul.
Tekanan boleh menyebabkan gejala fizikal termasuk sakit kepala, sakit perut, tekanan darah tinggi, sakit dada, dan masalah tidur. Ada kajian menyatakan bahawa tekanan juga boleh membawa atau memburukkan gejala atau penyakit tertentu.
Untuk situasi jangka masa pendek, tekanan boleh bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia dapat membantu anda menghadapi situasi yang berpotensi serius. Namun, ia akan menjadi satu tekanan yang kronik jika ia mempengaruhi kesejahteraan anda secara keseluruhan. Berikut adalah 5 gejala akibat tekanan yang melampau pada badan anda:
- mudah marah
- kegelisahan
- kemurungan
- sakit kepala
- insomnia
Kesan Tekanan Yang Boleh Membahayakan Kesihatan
Di otak anda, hipotalamus akan memberitahu kelenjar adrenal anda untuk melepaskan hormon stres adrenalin dan kortisol. Hormon ini menaikkan degupan jantung anda dan menghantar darah ke kawasan yang sangat memerlukannya dalam keadaan kecemasan, seperti otot, jantung, dan organ penting anda yang lain.
Tekanan juga akan memberikan kesan kepada tingkah laku seperti makan berlebihan atau tidak cukup makan, pengambilan ubat yang berlebihan serta penarikan sosial. Kesannya, ia boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit, loya, muntah dan sakit perut.
Dalam keadaan tertekan, jantung anda juga mengepam lebih cepat. Hormon tekanan menyebabkan saluran darah anda menyempit dan mengalihkan lebih banyak oksigen ke otot anda sehingga anda akan mempunyai lebih banyak kekuatan untuk bertindak. Tetapi ini juga meningkatkan tekanan darah anda.
Bukan itu sahaja, dalam keadaan tertekan juga, hati anda menghasilkan gula darah (glukosa) tambahan untuk memberi anda peningkatan tenaga. Sekiranya terdapat peningkatan pada degupan jantung, ia juga dapat mengganggu sistem pencernaan anda. Malah, anda cenderung mengalami pedih ulu hati atau refluks asid kerana peningkatan asid perut.
Bagi wanita, tekanan boleh mempengaruhi kitaran haid. Ia boleh menyebabkan tempoh yang tidak teratur, lebih berat, atau lebih menyakitkan. Tekanan kronik juga dapat memperbesar gejala fizikal menopaus.
_________________________________________________________________
Dengan ini, anda seharusnya mengawal punca tekanan dan tidak membiarkan tekanan lebih lama di dalam badan. Seeloknya, lakukan beberapa aktiviti yang boleh meredakan dan mengurangkan tekanan di dalam badan seperti lakukan aktiviti fizikal secara berkala, Melakukan aktiviti fizikal secara berkala, berlatih teknik relaksasi seperti deep breathing, meditasi, yoga, tai chi atau urut. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan serta menggunakan masa yang terluang untuk melakukan hobi seperti membaca buku atau mendengar muzik.